Harian Metro

Rezeki anak tunggal tunai haji

-

Kuantan: Seorang anak tunggal, Muhammad Danish Haqimie Mohd Luaime, 16, teruja terpilih menyahut seruan haji bersama ibu dan bapanya tahun ini.

Anak kepada pasangan Luaime Samsudin, 48 dan Suriati Said, 43, berkata dia gembira kerana impian menunaikan Rukun Islam kelima itu dimakbulka­n dan lebih manis dapat menunaikan­nya setahun lebih awal.

Katanya, berdasarka­n maklumat daripada Tabung Haji (TH), dia bersama ibu dan bapanya akan ke Tanah Suci Makkah pada tahun depan namun terkejut apabila dimaklumka­n dapat ke sana tahun ini.

“Dengan panggilan haji ini, saya amat teruja dan gembira kerana ia tidak ‘mengganggu’, tahun ini tiada peperiksaa­n penting kecuali jika menunaikan­nya tahun depan kerana perlu tumpu pada peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Lebih manis, saya adalah bakal jemaah haji paling muda di Pahang dan ia pengalaman berharga sebagai tetamu Allah,” katanya ketika ditemui di Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1, di sini, kelmarin.

Muhammad Danish Haqimie berkata, ibu dan bapanya mendaftar haji pada 2004 dan pengesahan bakal jemaah haji tahun ini membuatkan dirinya teruja.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelabuhan, di sini, berkata segalanya diharap sempurna terutama memastikan tahap kesihatan sepanjang menyempurn­akan ibadat itu.

Katanya, biarpun pernah menunaikan umrah pada 2014, dia mengharapk­an yang terbaik sepanjang berada di Makkah kelak.

“Nasihat TH supaya menjaga kesihatan dan minum banyak air memandangk­an tahun ini dikatakan keadaan cuaca panas bakal dihadapi semua jemaah haji,” katanya.

Tahun ini, TH mengingatk­an 30,200 jemaah yang akan menunaikan ibadat haji tahun ini bersedia dari segi menghadapi cuaca panas.

Ahli Lembaga Pengarah TH Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husinn berkata, faktor cuaca menjadi keutamaan jemaah haji supaya lebih banyak minum air untuk menjaga kesihatan.

Difahamkan, kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bagi sesi 1438 Hijrah akan mula berlepas ke Tanah Suci Makkah menerusi penerbanga­n pada 24 Julai ini.

 ??  ?? DR Abdul Shukor bersama bakal jemaah haji dan Muhammad Danish Haqimie yang megikuti kursus Haji Perdana di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah.
DR Abdul Shukor bersama bakal jemaah haji dan Muhammad Danish Haqimie yang megikuti kursus Haji Perdana di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia