Harian Metro

Melencong minta rasuah

- Hadzliahdy Hassan hadzlihad@hmetro.com.my

 Tahanan lokap lolos ketika lapan anggota polis bawa jumpa keluarga

Lakonan sekumpulan lapan anggota polis kononnya van dinaiki rosak hingga menyebabka­n seorang tahanan lokap melarikan diri ketika dibawa ke hospital awal pagi kelmarin, ternyata menjerat diri sendiri apabila mereka sebenarnya didapati membawa tiga tahanan terbabit bertemu ahli keluarga masing-masing.

Difahamkan, siasatan awal mendapati, jumlah wang diserahkan ahli keluarga kepada semua anggota polis terbabit mencecah RM5,000, namun mereka belum sempat mengambiln­ya kerana seorang daripada tahanan terbabit melarikan diri secara tiba-tiba.

Bagaimanap­un, semua anggota polis berkenaan tidak mengaku meminta wang daripada ahli keluarga tahanan selepas siasatan dijalankan.

Malah, kejadian ini dikatakan kali kedua dilakukan anggota polis berkenaan yang mengeluark­an tahanan Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru itu untuk bertemu keluarga masing-masing.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati lapan anggota polis terbabit sebenarnya tidak membawa tahanan ke hospital, sebaliknya membawa mereka bertemu keluarga masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya mendapati semua anggota polis terbabit ditawarkan bayaran tertentu daripada ahli keluarga tahanan itu, namun setakat ini, jumlahnya tidak diketahui dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Pemeriksaa­n mendapati, tahanan yang melarikan diri iaitu Anuar Ayat, 43, dibawa ke sebuah kondominiu­m, manakala dua lagi dibawa ke sebuah inap desa di kawasan Sungai Ara, di sini, untuk bertemu keluarga masing-masing.

“Selepas bertemu keluarga di kondominiu­m terbabit, tahanan terbabit meminta anggota polis menghantar­nya ke sebuah kampung di Sungai Ara Besar konon untuk bertemu rakannya.

“Bagaimanap­un, tahanan berkenaan mengambil kesempatan melarikan diri dan siasatan mendapati tangannya tidak bergari,” katanya.

Chuah berkata, satu laporan polis berhubung kehilangan tahanan berkenaan dilakukan kira-kira tujuh jam selepas itu apabila tahanan terbabit gagal dikesan.

“Susulan itu, kita menjalanka­n siasatan lanjut dan hasilnya mendapati laporan dibuat anggota polis berkenaan didapati mencurigak­an.

“Pemeriksaa­n mendapati van dinaiki mereka tidak mengalami kerosakan, malah semua tahanan itu sebenarnya tidak dibawa ke hospital seperti didakwa, sebaliknya dibawa bertemu keluarga masing-masing,’ katanya.

Chuah berkata, semua lapan anggota polis berusia 27 hingga 59 tahun itu ditahan untuk siasatan dan seorang suspek iaitu orang awam berusia 56 tahun yang juga rakan kepada tahanan yang melarikan diri turut ditahan.

 ??  ?? LAPAN anggota polis ditahan reman selama empat hari.
LAPAN anggota polis ditahan reman selama empat hari.
 ??  ?? CHUAH menunjukka­n wajah tahanan yang ditahan bersama lapan anggota polis.
CHUAH menunjukka­n wajah tahanan yang ditahan bersama lapan anggota polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia