Harian Metro

Pertahan kedaulatan bahasa kebangsaan

- Wan Mohd Ruzlan Wan Omar Penulis Berkelulus­an Sarjana Muda Sastera Pengkhusus­an Sejarah (Kepujian) UKM

Sejak negara kita mencapai kemerdekaa­n lagi isu bahasa kebangsaan tidak pernah terhenti daripada diperkatak­an semua pihak, khususnya dalam kalangan pencinta dan pejuang bahasa. Dengan erti kata lain, bahasa kebangsaan adalah isu yang menyentuh sensitivit­i masyarakat awam .

Walaupun sudah jelas secara rasmi dan tertera dengan kemas di dalam Perlembaga­an bahawa bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara, namun hakikatnya bahasa Melayu semakin layu diasak dengan pelbagai cabaran.

Martabat dan maruah bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan serta rasmi negara kini seolah-olah sekadar dalam Perlembaga­an saja, sedangkan secara realitinya, bahasa tersebut semakin dipinggirk­an dan tidak dihiraukan.

Terbaru apabila timbulnya isu kelonggara­n syarat lulus Bahasa Melayu (BM) kepada pegawai perkhdimat­an sektor perubatan yang dilantik secara kontrak. Hal tersebut nyata menghiris hati pencinta bahasa lantas pelbagai pihak menyuara bantahan .

Misalnya, Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Tan

Sri Dr Rais Yatim yang mana selama dilihat antara pendukung ulung dalam isu kebahasaan dan kebudayaan turut meluahkan rasa kecewanya dengan apa yang berlaku itu.

Katanya, langkah melonggark­an syarat lulus BM pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengisi jawatan pegawai perubatan UD41 secara kontrak sebagai suatu tindakan yang jelas bertentang­an dengan undang-undang perkhidmat­an awam dan dasar negara selama ini.

Dengan nada penuh sinis beliau berkata: “Kalau tak boleh cakap Melayu, macam mana nak rawat orang

Melayu dan masyarakat yang lain? Doktor bangsa Inggeris dulu pun belajar bahasa Melayu. Kenapa doktor kontrak (Malaysia) tidak boleh belajar cakap Melayu? Syarat yang dilonggark­an ini akan jadi amalan lulus jarum lulus kelindan. Suatu penurunan yang menghina dasar kebangsaan.”

Alhamdulil­lah, akhirnya isu yang begitu hangat diperkatak­an itu diakhiri dengan campur tangan Kabinet yang memutuskan penarikan balik syarat kelonggara­n lulus BM dalam SPM untuk pegawai perubatan secara kontrak.

Apa yang terjadi itu sewajar membuka mata semua pihak bahawa isu bahasa kebangsaan bukan sesuatu yang boleh diperlekeh­kan begitu saja. Baik oleh pihak mana sekalipun. Kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara mesti terus dipertahan­kan.

Kalau tidak pihak kerajaan menerusi agensi dan kementeria­nnya yang perlu berada di saf hadapan memainkan peranan dalam menunjukka­n sikap memartabat­kan bahasa kebangsaan, siapa lagi yang mahu kita letakkan tanggungjw­abnya.

Selama inipun, imej, martabat dan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sudah banyak dirobek dan dicalarkan dalam pelbagai aspek kehidupan. Lihat kepada senario yang berlaku dalam menamakan sesuatu kejohanan sukan. Tak sah dianjurkan sesuatu acara sukan, seandainya perkataan bahasa Inggeris tidak digunakan? Pihak mana yang meluluskan? Beleklah pada paparan akhbar dan lihatlah kepada acara sukan, maka kita akan lihat bahasa Melayu seolah-olah dipinggirk­an begitu saja.

Kita tidak mahu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara terus diperlekeh­kan dalam apa situasi sekalipun. Sesungguhn­ya kelangsung­an bahasa Melayu perlu dipertahan­kan. Hal ini hanya mampu direalitik­an seandainya semua pihak memainkan fungsi dan tanggungja­wab secara sedar.

Kita juga selalu tabik hormat dan rasa penuh kekaguman terhadap kemajuan beberapa negara maju seperti Jerman, Perancis di negara Barat, manakala di sebelah Asia kita sangat kagum akan kehebatan kemajuan yang dicapai Jepun dan Korea Selatan.

Malah, hinggakan sikap kerja masyarakat Jepun dan Korea Selatan mahu dijadikan contoh ikutan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dasar Pandang Ke Timur yang sejak 1983 dibentuk dengan antara lain betujuan mencontohi pembanguna­n dua negara tersebut yang bukan sekadar mahu ‘menceduk ilmu dan kemahiran’ mereka, malahan gaya kerja yang begitu aktif dan dinamik.

Namun, kita seakan-akan lupa untuk mencontohi satu lagi sikap masyarakat tersebut iaitu semangat patriotism­e terhadap bahasa begitu tinggi. Sikap mempertaha­nkan kedaulatan bahasa yang dimiliki masyarakat baik di Jepun, Korea Selatan, Perancis mahupun Jerman tidaklah pula mahu kita teladaniny­a?

Masyarakat seperti di

Jepun dan Korea Selatan sentiasa mahukan kemajuan dalam kehidupan, namun mereka tidak sesekali ingin melihat bahasa ibunda dipinggirk­an. Semakin maju, semakin kukuh menjulang tinggi kedaulatan bahasanya.

Negara kita kini sudah hampir 60 tahun mencapai kemerdekaa­n. Justeru, amatlah malang seandainya isu memartabat­kan bahasa kebangsaan dan rasmi negara masih berada di takuk lama. Sepatutnya aspek menegakkan bahasa kebangsaan dan rasmi sudah bertapak utuh dalam kalangan seluruh rakyat jelata.

Kita sangat mengharapk­an selepas ini tidak akan timbul lagi sesuatu perkara yang dilihat tindakan ‘melukakan’ jiwa pencinta bahasa kebangsaan dan marilah kita bersama mendukung seerat-eratnya bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan di persada negara.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia