Harian Metro

Aidilfitri – buang yang keruh, ambil yang jernih!

-

Salam sejahtera! Mari kita mohon pada Tuhan supaya kita dibekalkan dengan kesihatan yang baik, minda yang cergas dan hati yang sentiasa bersangka baik.

Kita masuk ke minggu ketiga hari raya Aidilfitri. Suasana hari raya masih ada di sesetengah tempat walaupun sekolah dah buka. Ramai antara kita pun dah masuk pejabat untuk meneruskan kerja.

Hujung minggu lalu saya terserempa­k dengan Awi, kawan lama yang memiliki kedai busana baju Melayu. Dia senyum tak habis. Maklumlah bisnes sangat baik menjelang hari raya lalu.

Awi beritahu saya tempahan untuk baju Melayu memang banyak, terutama kalangan orang muda. Mereka mencuba rekaan baru yang mungkin jadi trend orang muda.

Ada juga yang menempah lebih tiga pasang untuk dipakai pada tiga hari pertama hari raya. Tu dia! Tak semangat lagi tu! Mungkin tempahan yang banyak tu mesti ada tempat dan waktu lain yang nak dipakai nanti.

Umpamanya, sekarang masuk waktu untuk rumah terbuka pula. Sana sini kita dijemput hadir untuk memeriahka­n rumah terbuka korporat. Ini majlis besar yang biasanya diadakan di hotel atau di ibu pejabat korporat berkenaan.

Majlis ini bertujuan merapatkan hubungan antara korporat dengan kakitangan, pelanggan dan pihak yang berkepenti­ngan atau ‘stakeholde­rs’. Ini satu cara merapatkan jaringan antara satu sama lain.

Rumah terbuka ini sudah jadi budaya sambutan apa juga perayaan, termasuk Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina. Cuma rumah terbuka hari raya yang lebih banyak diadakan.

Apabila saya fikirkan balik, mungkin anak muda ini mahu berpakaian baju Melayu apabila pergi ke majlis rumah terbuka korporat. Baguslah kalau begitu.

Apapun, Syawal ini masa yang paling baik untuk kita semua membuang yang keruh dan ambil yang jernih. Jangan fikir panjang. Susunlah jari sepuluh itu dan pergilah berjumpa dengan orang yang kita dah buat salah.

Mohon ampun dan maaf atas kesilapan yang kita buat. Saya tahu ada ahli keluarga yang bermasam muka antara satu sama lain sudah banyak tahun. Tidak ada tolak ansur lagi antara mereka.

Tidak ada sedikit pun rasa kesal. Malah, sifat benci semakin menebal dan ini menyebabka­n hubungan keluarga semakin renggang. Dah jadi macam drama Melayu pula.

Kita semua mesti ada cerita masing-masing yang menyedihka­n. Bagaimana ahli keluarga berpecahbe­lah apabila ibu bapa sudah meninggal dunia. Timbul perebutan harta, perasaan iri hati dan kerosakan keharmonia­n keluarga.

Dalam keluarga kita sendiri pun situasi begini ada. Dalam hari baik dan bulan baik ini, carilah titik pertemuan yang boleh menyatukan semula keretakan yang mungkin wujud begitu lama. Jangan biarkan hati kita tertutup terus kepada silaturahi­m yang dituntut Maha Esa.

Apa ertinya hari raya jika keluarga tidak dapat berkumpul menjamu selera sambil bermaaf-maafan? Apa gunanya keluarga yang besar jika adik-beradik dan sepupu sepapat bercakaran?

Saya masih ingat bagaimana terharunya satu keluarga pada satu pagi raya apabila adik yang tersentap dan membawa diri merantau tiba-tiba muncul di depan pintu.

Si adik membawa bersama isteri dan anak-anaknya yang sudah bersekolah untuk bertemu datuk mereka pada pagi hari raya yang bertuah itu.

Secara kebetulan saya berada di situ dan dapat menyaksika­n bagaimana keluarga itu bertaut kembali dan menghidupk­an semula pertalian darah sesama mereka.

Jangan ambil mudah bab minta maaf dengan ahli keluarga dan dengan orang yang kita pernah buat salah. Sebagai panduan, yang muda mohon maaf dulu daripada yang tua.

Buat segera. Jangan lengahkan perkara baik ini. Jangan menyesal di belakang hari.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia