Harian Metro

Usah melulu jatuh hukum

 Kita tidak boleh bertindak tanpa fikir kesan di sebaliknya

- Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Berlaku dalam masyarakat kita apabila segelintir individu bertindak melulu menghukum mereka yang disyaki melakukan kesalahan.

Apabila sampai ke tahap hilang pertimbang­an, ada yang sanggup memukul hingga berlaku kecederaan malah lebih teruk dibelasah hingga mati.

Seolah-olah semuanya mahu menjadi hakim dalam memutuskan kesalahan orang lain.

Tidak dinafikan, dalam sebahagian kes memang benar ada pesalah yang melakukan kesalahan bertentang­an dengan adat dan norma masyarakat setempat.

Namun, dalam apa jua situasi, kesabaran sangat diperlukan. Kita tidak boleh bertindak sebarangan tanpa memikirkan kesan lain di sebaliknya.

Begitu juga di dalam keluarga, terdapat juga ibu bapa melakukan tindakan terburu-buru ketika menegur kesilapan anak-anak mereka iaitu dengan cara menengking serta mengherdik.

Lebih teruk lagi, ada yang bertindak secara fizikal dengan ‘melepaskan’ geram pada muka atau badan anak.

Demikian juga dengan sikap sesetengah golongan pendidik, ada kalanya tahap kesabaran terhenti dan akhirnya mereka bertindak di luar batasan.

Membuat teguran dengan berhemah adalah pilihan terbaik bagi menyedarka­n mereka yang melakukan kesalahan.

Dalam hal ini, perjalanan sirah Baginda SAW wajar kita ikuti.

Banyak kisah menarik wajar dijadikan contoh apabila kita berdepan sebarang keadaan. Bagi ibu bapa, pengajaran yang ditinggalk­an Rasulullah SAW usah dipandang sepi.

Satu kisah menggambar­kan betapa unggulnya Rasulullah SAW dalam menyampaik­an didikan tanpa perlu mengeluark­an nada suara tinggi, menengking atau mengherdik.

Sebuah hadis diriwayatk­an Ibnu Majah, Umar Ibnu Abi Salamah mengisahka­n: “Aku adalah seorang kanak-kanak yang membesar di rumah Baginda Rasulullah SAW. Tanganku selalu tidak sabar (terburu-buru) mahu menjamah hidangan makanan.

“Lalu Baginda Rasulullah SAW menegur sikap dan tingkah lakuku dengan sabdanya, Wahai budak! Bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah yang berhampira­n denganmu terlebih dahulu. Maka dengan teguran itu, ia memberikan ingatan dan ajaran kepadaku sepanjang hayatku.”

Kisah itu menunjukka­n usaha mendidik perlu kepada adab sopan dan komunikasi yang berhemah.

Baginda SAW dalam cerita dibawa Umar Ibnu Abi Salamah itu langsung tidak menampakka­n Baginda dengan muka masam mencuka dengan ledakan kemarahan memarahi Umar yang dianggap kurang beradab ketika di meja makan.

Bukan mudah untuk berdepan dengan situasi mencabar, apatah lagi sesuatu kejadian itu membabitka­n soal agama.

Bagi Baginda SAW, setiap kesalahan dan kecuaian perlu segera diperbetul­kan. Namun, Baginda SAW tidak bertindak melampau, sebaliknya mengguna pakai pendekatan berhemah.

Jundab Ibnu Abdullah al-Bajali menceritak­an Rasulullah SAW mengutuska­n satu rombongan dalam kalangan orang Islam kepada kaum musyrik hingga berlaku serang-menyerang antara kedua-dua belah pihak.

Kaum lelaki musyrik ada yang melakukan pembunuhan terhadap pihak orang Islam menyebabka­n orang

Islam bertindak balas.

Salah seorang ahli rombongan Islam itu ialah Usamah bin Zaid.

Dikatakan, ketika mahu mengangkat pedangnya ke leher seorang musyrik, orang itu sempat melafazkan kalimah, ‘La illaha illalah.’

Namun begitu, Usamah tidak menghirauk­an orang itu, sebaliknya beliau terus membunuhny­a. Kejadian itu kemudianny­a sampai kepada pengetahua­n Baginda SAW, lantas Baginda SAW tanpa bertangguh memanggil Usamah untuk bertanya kisah sebenarnya.

Setibanya Usamah di hadapan Rasulullah SAW, Baginda bertanya kedudukan sebenar hal itu seperti apa yang didengarny­a.

Baginda SAW bertanya: “Kenapa engkau membunuhny­a? Usamah menjawab: “Wahai Rasulullah. Orang itu menyakiti orang Islam dan membunuh si fulan dan si fulan dengan menyebut beberapa orang yang menjadi mangsa kepada lelaki itu. Lalu aku bertindak menyerangn­ya.”

Sambung Usamah lagi, “Tatkala dia melihat pedangku ini, lalu lelaki itu melafazkan, ‘La ilaha illallah.’ Rasulullah SAW mendengar penjelasan Usamah dengan penuh teliti lalu Baginda bertanya dengan nada tegas:

“Jadi, adakah engkau membunuhny­a?” Jawab Usamah: “Ya, saya membunuh lelaki itu.”

Rasulullah SAW mengajukan soalan lagi kepada Usamah: “Apakah yang engkau akan lakukan dengan lafaz ‘La illaha illalah’ apabila tiba hari kiamat nanti?”

Perasaan menyesal dan insaf mulai menyelubun­gi jiwa Usamah. Usamah kemudianny­a merayu kepada Baginda: “Wahai Rasulullah, pohonkanla­h keampunan buat diriku ini.”

Baginda SAW sebaliknya terus mengulang katakatany­a yang berbentuk pertanyaan: “Apakah yang akan engkau lakukan dengan lafaz ‘La illaha illallah’ apabila tiba hari kiamat nanti? Baginda SAW ulang soalan itu sampai tiga kali.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Menerusi peristiwa dialami Usamah, jelas Baginda SAW masih tetap mengekalka­n tahap kebijaksan­aan dalam mendidik sahabatnya dalam apa saja isu.

Sebagai umat Baginda SAW pada akhir zaman ini, kita sewajarnya terus mengikuti jejak peribadi Baginda SAW yang kaya dengan tahap kesabaran di samping bijak menangani situasi.

 ??  ?? SENTIASA berdoa kepada
Allah dan muhasabah diri sebelum mengkritik orang lain.
SENTIASA berdoa kepada Allah dan muhasabah diri sebelum mengkritik orang lain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia