Harian Metro

Ibu, ayah, anak dituduh

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Tiga beranak yang didakwa menyelewen­g urus niaga gas petroleum cecair (LPG), Jun lalu, menjadi kumpulan pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam.

S Murukesan, 40, yang juga pemilik syarikat pengedar LPG tidak berlesen, berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b), akta berkenaan kerana menerima wang haram daripada urus niaga LPG membabitka­n nilai keseluruha­n RM12,905.

Semua wang itu diterima daripada dua syarikat berlainan yang dimasukkan ke dalam akaun tertuduh antara tempoh 2015 hingga 2016.

Sementara itu, dua lagi tertuduh, N Selvaretna­m,

71, dan isterinya,

N Lilipathi, 61, yang juga

 Didakwa terima wang haram urus niaga LPG

bapa dan ibu kepada Murukesan, masing-masing berdepan satu pertuduhan mengikut seksyen sama.

Berdasarka­n pertuduhan, mereka didakwa menerima wang haram RM138,517.30 daripada sebuah syarikat pada 2016 yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik syarikat pengedar LPG berlesen yang dimiliki.

Mereka didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Anas Mahadzir di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Priscilla Hemamalini Nadarajan, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam M Kamiini.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah atas setiap pertuduhan dihadapi dan meminta dibicaraka­n.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan 8 Ogos depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia