Harian Metro

3,014 ditahan Op Mega E-Kad Letupan api rokok

- Helmy Abd Rahman dan Rosli Ilham am@hmetro.com.my

Warga Bangladesh mencatatka­n jumlah tertinggi yang ditangkap iaitu 1,160 individu daripada 3,014 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan pada Op Mega E-Kad bermula 1 Julai hingga jam 8 pagi, semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali berkata, warga Indonesia mencatatka­n tangkapan kedua tertinggi iaitu 695 individu, diikuti 231 warga Myanmar, Vietnam (116), Thailand (111), Filipina (95) dan bakinya dari pelbagai negara.

Menurutnya, mereka yang ditahan membabitka­n 2,429 lelaki, 570 wanita dan 15 kanak-kanak.

“Sepanjang tempoh 10 hari ini, JIM mengadakan 502 operasi penguatkua­saan di seluruh negara dan kami memeriksa 9,320 warga asing,” katanya.

Menyalakan rokok dipercayai punca seorang pendaki melecur di muka dan badan selepas balang gas mudah alih meletup hingga api menyambar khemah dalam kejadian di puncak Gunung Berembun di Lata Lasir, dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang, ketika lelaki berusia 34 tahun itu berehat di dalam khemah dan dikatakan cuba menyalakan rokok.

Mangsa, Saiful Akmar Anuar dikatakan menyalakan api menggunaka­n balang gas mudah alih itu sebelum ia meletup secara tiba-tiba yang kemudianny­a menyambar badan dan khemah mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Jempol: Seorang pembantu taska kerugian lebih RM30,000 selepas pelbagai barang kemas hilang dipercayai dicuri adik lelakinya dalam kejadian di Mahsan, Bahau, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol Superinten­dan Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berusia 27 tahun dipercayai mencuri rantai, gelang dan cincin emas milik mangsa sebelum menjualnya di sebuah premis Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) Jaswari Awang berkata, mangsa dikatakan bersama 34 rakan menyertai aktiviti perkhemaha­n di puncak gunung berkenaan.

Menurutnya, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu kemudianny­a menggerakk­an lima anggota dengan sebuah jentera ke lokasi kejadian kira-kira jam 7 malam.

“Anggota kami kemudian terpaksa melakukan pendakian ke lokasi kejadian dan mengambil masa untuk sampai ke puncak,” katanya.

Jaswari berkata, mangsa kemudian diberi rawatan awal dan keadaannya di puncak agak stabil tetapi tidak dapat menurunkan

 Pendaki gunung melecur muka, badan balang gas meledak

mangsa dengan pengusung kerana faktor muka bumi.

Menurutnya, pihaknya terpaksa menghubung­i Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatka­n bantuan udara bagi membawa mangsa mendapatka­n rawatan.

Sementara itu, pendaki itu selamat tiba di Kuala Terengganu jam 1.55 tengah hari semalam dengan helikopter Unit Udara JBPM di padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sebelum dikejarkan ke HSNZ.

Timbalan Pengarah JBPM Terengganu Sharikan Bustaman berkata, helikopter berkenaan terbang dari Pangkalan Udara JBPM Subang jam 11.45 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

“Pasukan Unit Udara JBPM mengambil masa kira-kira 25 minit untuk menaikkan mangsa ke dalam helikopter dan usaha menyelamat­kannya berjalan lancar.

“Helikopter membawa mangsa tiba di padang IPK Terengganu sebelum dia dikejarkan ke HSNZ untuk diberikan rawatan lanjut,” katanya.

 ?? SYAFIQ AMBAK dan IHSAN BOMBA ?? ANGGOTA bomba terpaksa mendaki Gunung Berembun sebelum membawa Saiful turun.
SYAFIQ AMBAK dan IHSAN BOMBA ANGGOTA bomba terpaksa mendaki Gunung Berembun sebelum membawa Saiful turun.
 ??  ?? SAIFUL dibawa turun oleh anggota bomba menggunaka­n helikopter.
SAIFUL dibawa turun oleh anggota bomba menggunaka­n helikopter.
 ??  ?? SAIFUL dibawa ke HSNZ sebaik helikopter mendarat di padang IPK Terengganu.
SAIFUL dibawa ke HSNZ sebaik helikopter mendarat di padang IPK Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia