Harian Metro

RM300,000 lesap

 Pasar raya dirompak, peti besi, CDM dipecah guna alat khas

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Hasil jualan harian sebuah pasar raya di Seksyen 15 di sini, yang dianggarka­n berjumlah RM300,000 dilarikan penjenayah yang memecahkan tiga peti besi dan satu mesin deposit tunai (CDM) premis itu, semalam.

Difahamkan, suspek menyusup masuk menerusi tingkat atas premis itu pada awal pagi sebelum menggunaka­n peralatan khas untuk menebuk semua peti berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya dimaklumka­n kejadian itu oleh pengurus cawangan pasar raya itu, jam 7.30 pagi.

“Pengurus yang juga lelaki berusia 47 tahun itu memaklumka­n premis berkenaan dipecah masuk dan peti besi yang mengandung­i wang tunai jualan turut dipecah.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati, peti serta mesin CDM itu dipecahkan menggunaka­n mesin penebuk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut beliau, pihaknya menemui beberapa kesan cap jari di siling laluan masuk premis berkenaan.

“Selain itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, seorang lelaki masuk melalui tingkat atas premis, jam 11.47 malam semalam (kelmarin).

“Suspek yang menutup muka, bertopi dan berjaket dilihat keluar dari premis berkenaan, jam 5.51 pagi tadi (semalam),” katanya.

Menurut Shafien, ketika kejadian, tiada pengawal keselamata­n tetap bertugas dan premis hanya dikawal tiga lelaki warga Pakistan yang bekerja lebih masa.

“Berikutan itu, ketiga-tiga lelaki warga Pakistan berusia 33 tahun hingga 34 tahun berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah masuk premis,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN pasar raya yang dipecah masuk. KEADAAN siling pasar raya yang menjadi laluan masuk perompak.
KEADAAN pasar raya yang dipecah masuk. KEADAAN siling pasar raya yang menjadi laluan masuk perompak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia