Harian Metro

Diselamatk­an selepas 5 hari diculik

-

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Bangladesh yang diculik rakan senegara bukan saja menanggung kesakitan akibat dipukul dengan teruk oleh empat lelaki malah dipercayai turut dirogol.

Mangsa berusia 36 tahun itu diculik di Pudu Raya, 30 Julai lalu sebelum diselamatk­an polis selepas dikurung lima hari dalam bilik sebuah rumah di Kepong, Rabu lalu.

Ketika diselamatk­an jam 11.35 malam, mangsa dipapah akibat kecederaan teruk pada mata, bibir dan kedua-dua belah tapak kaki.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, lima suspek termasuk seorang wanita ditahan pada serbuan itu.

“Kami menahan empat lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan dipercayai isteri kepada seorang daripada suspek. Kelima-limanya berusia 22 tahun hingga 30 tahun.

“Kes juga disiasat oleh Unit Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya, semalam.

Kes disiasat Seksyen 3( 1) Akta Culik 1961.

Semalam, Harian Metro melaporkan sekumpulan lelaki warga Bangladesh menculik mangsa dan meminta tebusan RM20,000 daripada lelaki senegara.

Lelaki yang dihubungi dikenali sebagai Jashim, 40, mendakwa dia dihubungi jam 5 petang, 30 Jun lalu oleh seorang lelaki tidak dikenali yang meminta wang tebusan untuk membebaska­n rakan wanitanya dikenali sebagai Nila, 36.

Jashim kemudian melaporkan perkara terbabit kepada polis.

Kami menahan empat lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan dipercayai isteri kepada seorang daripada suspek”

Mohd Sukri Kaman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia