Harian Metro

LITRAK, KESAS rai penghuni dua rumah kebajikan

-

Kuala Lumpur: Dua syarikat pengendali lebuh raya, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), menyampaik­an sumbangan sempena sambutan Aidilfitri kepada dua rumah kebajikan terpilih.

LITRAK memberi sumbangan RM6,000 dalam bentuk duit raya dan cenderamat­a kepada 40 anak yatim dari Baitul Ulfah Centre, Seri Kembangan, manakala KESAS menyumbang­kan RM2,000 kepada Institut Taufiq Islami, Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif LITRAK Sazally Saidi berkata, sumbangan itu bagi memenuhi tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dan meraikan golongan kurang berupaya agar Syawal ini disambut penuh keriangan.

“Usaha kami secara tidak langsung mengurangk­an beban rumah kebajikan yang biasanya kekurangan dana untuk menampung belanja keperluan golongan kurang bernasib baik termasuk meraikan Syawal yang mulia ini.

“Kami gembira kerana dapat berbakti kepada masyarakat melalui platform ini dan menunaikan tanggungja­wab sosial kami,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri LITRAK di Kompleks Operasi LITRAK, di sini, semalam.

Majlis itu yang dihadiri kira-kira 2,500 tetamu anjuran bersama LITRAK dengan tiga konsesi lebuh raya lain iaitu KESAS, Lebuhraya Sistem Penyuraian Kuala Lumpur Barat Sdn Bhd (SPRINT) dan Smart Tunnel.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang turut hadir memeriahka­n rumah terbuka itu menyerahka­n sumbangan kepada dua rumah kebajikan terbabit.

 ??  ?? ROSNAH bersama Sazally (tiga dari kanan) bersama anak-anak yatim Baitul Ulfah di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri LITRAK.
ROSNAH bersama Sazally (tiga dari kanan) bersama anak-anak yatim Baitul Ulfah di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri LITRAK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia