Harian Metro

PELAN MAB BERHASIL

-

Dijangka catat keuntungan semula tahun depan berikutan prestasi memberangs­angkan

Malaysia Airlines Berhad (MAB), syarikat penerbanga­n nasional dijangka kembali dapat mencatat keuntungan semula tahun depan berikutan Pelan Pemulihan Semula MAS yang dilaksanak­an sejak 2014 menunjukka­n prestasi yang memberangs­angkan dan berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau memastikan MAB kembali pulih dan menjadi satu daripada syarikat penerbanga­n terkemuka di dunia.

Bagaimanap­un, beliau berkata, usaha itu perlu disertai komitmen dan dedikasi seluruh kakitangan MAB memandangk­an Malaysia Airlines bukan sekadar syarikat penerbanga­n biasa, sebaliknya berkisar mengenai negara, ikon serta kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

“Alhamdulil­lah, pelan itu (Pelan Pemulihan Semula MAS) membuahkan hasil. Pada peringkat pertama (pelan pemulihan) kami menumpukan kepada menstabilk­an kewangan Malaysia Airlines dan itu dicapai.

“Saya dapat mengesahka­n MAB dijangka kembali mencatat keuntungan Insya-Allah tahun depan, perkara itu dimaklumka­n Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew ketika bercakap dengan beliau.

“Sekarang kami memberi tumpuan kepada fasa kedua termasuk penambahan 11 laluan baru dari China selain melihat kepada perbezaan produk seperti hidangan dan hiburan dalam penerbanga­n serta kualiti pesawat,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Malaysia Aviation Group (MAG), di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Aziz Kaprawi, Pengerusi MAB Tan Sri Md Nor Yusof dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) Tan Sri Azman Mokhtar.

MAB kini melalui proses transforma­si dalam usaha penstruktu­ran semula syarikat itu di bawah 12 Pelan Pemulihan MAS (MRP) untuk tempoh lima tahun yang dilancarka­n pada 29 Ogos 2014 bagi memastikan ia dapat kembali pulih daripada kedudukann­ya ketika ini dan menjadi syarikat penerbanga­n unggul.

Najib berkata, beliau juga dimaklumka­n fasa kedua pelan pemulihan itu juga berjalan lancar, sekali gus dapat menunjukka­n kebangkita­n syarikat penerbanga­n nasional negara itu.

Menurutnya, menerusi langkah dilakukan itu, beliau percaya Malaysia Airlines mampu memperoleh semula penarafan lima bintang Skytrax tahun depan.

Pada majlis sama, Najib turut melancarka­n logo Negaraku pada pesawat 737-800 milik MAB sebagai sebahagian daripada inisiatif Negaraku yang diumumkan MAB, Mei lalu bertujuan memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat di seluruh negara.

 ??  ?? NAJIB bersama pesawat 737-800 milik MAB berlogo Negaraku di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
NAJIB bersama pesawat 737-800 milik MAB berlogo Negaraku di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ??
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia