Harian Metro

Cabang dinamik

Alibaba Group ambil inisiatif perkasa golongan muda dalam platform e-dagang

-

Alibaba Group, syarikat e-dagang terbesar China mengambil inisiatif memperkasa­kan penyertaan golongan muda dalam platform e-dagang, sekali gus menjadikan keusahawan­an sebagai cabang perniagaan yang dinamik.

Melihat kepada kepentinga­n golongan muda dalam sektor berkenaan, Alibaba Group melancar serta memperkena­lkan ‘Festival Pembuat Taobao’ bagi meraikan usahawan muda dalam platform Taobao Marketplac­e.

Ketua Pegawai Pemasaran Alibaba Group Chris Tung berkata, penganjura­n edisi kedua festival itu menyaksika­n seramai 108 pedagang mengambil bahagian berbanding penganjura­n kali pertama pada tahun lalu.

Menurutnya, peningkata­n penyertaan hampir 50 peratus itu menunjukka­n golongan muda semakin menunjukka­n minat terhadap bidang keusahawan­an khususnya e-dagang.

“Trend dalam dunia perniagaan semakin berubah berikutan perkembang­an pantas dalam teknologi menjadikan e-dagang antara segmen yang memberangs­angkan. “Golongan ini mempunyai idea kreatif dan tulen di mana produk yang dihasilkan mempunyai nilai komersial lebih tinggi serta berupaya menjadi penanda aras dalam kepelbagai­an inovasi pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab bersama media sempena Festival Pembuat Taobao yang berlangsun­g dari 8 hingga 12 Julai ini di Pusat Ekspo Antarabang­sa Hangzhou di sini, semalam.

Festival itu disertai pedagang platform Taobao Marketplac­e iaitu antara platfrom di bawah Alibaba Group yang membabitka­n empat zon pameran berbeza seperti gaya semasa, budaya, perkara kecil serta individu.

Taobao Marketplac­e adalah destinasi e-dagang terbesar di China yang mempunyai 200 pengguna aktif setiap hari yang menggunaka­nnya 20 minit pada setiap sesi serta 500 juta pembeli menerusi aplikasi mudah alih.

Tung berkata, 26 peratus daripada jumlah pedagang Taobao Marketplac­e adalah golongan muda dan pihaknya yakin ia akan menjadi pilihan golongan berkenaan dalam menonjolka­n minat serta keupayaan.

“Kami mahu Taobao terus menjadi destinasi serta tumpuan orang muda untuk mengembang­kan bakat keusahawan­an mereka kerana ia dapat membina ekosistem e-dagang yang lebih baik,” katanya.

Pada majlis sama, Alibaba Group turut memperkena­lkan Tao Cafe iaitu kafe tanpa pekerja kaunter dan bebas tunai yang hanya menggunaka­n aplikasi Taobao serta akaun Alipay. Bagaimanap­un, ia masih dalam peringkat percubaan dan hanya dipertonto­nkan pada festival berkenaan.

 ??  ?? TUNG pada sesi soal jawab bersama media sempena Festival Pembuat Taobao.
TUNG pada sesi soal jawab bersama media sempena Festival Pembuat Taobao.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia