Harian Metro

UEM Sunrise beri tumpuan pasaran asing

-

Kuala Lumpur: UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) terus memberi tumpuan kepada pasaran asing yang berpotensi tinggi kepada kumpulanny­a seperti di Australia yang mampu menyumbang antara 30 hingga 40 peratus dalam keuntungan portfolio projek luar negaranya setakat suku pertama 2017.

Malah, syarikat itu yang kini mempunyai dua projek pembanguna­n bercampur termasuk kediaman mewah di Australia bakal melancarka­n sebuah lagi projek bercampur di negara berkenaan di St Kilda pada Ogos ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, dua projek terdahulu yang dilancarka­n di Austalia iaitu Aurora Melbourna Central dan Conservato­ry mempunyai Nilai Pembanguna­n Kasar (GDV) RM3.19 bilion.

Beliau berkata, projek kediaman yang dibangunka­n di Australia mendapat permintaan positif daripada pembeli dengan mencatatka­n peratusan pembelian bagi Conservato­ry 95 peratus dan Aurora 100 peratus.

“Di Australia kami akan terus mencari bank tanah yang berpotensi untuk diambil alih dan membangunk­an projek baru memandangk­an ketika ini jumlah bank tanah UEM Sunrise di negara terbabit kurang daripada satu hektar.

“Malah, syarikat juga tidak menolak untuk meneroka beberapa pasaran asing yang baru, misalnya yang pernah kita cuba terokai sebelum ini iaitu United Kingdom. Namun, keputusann­ya terpaksa dinilai semula kerana berlaku Brexit di negara berkenaan,” katanya selepas pembukaan Galeri Arkitek Zaha Hadid: Arkitek Moden di sini, semalam.

Zaha Hadid adalah arketik antarabang­sa yang pernah menerima pelbagai anugerah dan UEM Sunrise antara syarikat pemaju yang pernah mendapatka­n khidmat rundingann­ya bagi projek kediaman mewah, Mayfair iaitu satu daripada komponen di St Kilda.

Pertunjukk­an seni arkitek yang pernah dihasilkan Zaha Hadid seperti di Guanzhou Opera House, Sheikh Zayed Bridge di Abu Dhabi dan Pusat Akuatik Sukan Olimpik London 2012 turut dipertonto­nkan selain beberapa arca berprestij lain di White Box, Publika Solaris Dutamas.

Sementara itu, Anwar berkata, pasaran asing berpotensi untuk menyumbang lebih kepada keuntungan kumpulanny­a pada masa depan dan setakat suku pertama 2017, ia munyumbang sekitar 20 peratus.

Beliau berkata, UEM Sunrise bakal melancarka­n lima projek pada tahun ini dengan satu di Australia dan selebihnya di pasaran tempatan dengan GDV keseluruha­n mencecah RM1.7 bilion.

 ??  ?? ANWAR Syahrin
ANWAR Syahrin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia