Harian Metro

Transaksi JomPAY meningkat 340%

-

Jumlah transaksi JomPAY, penyedia perkhidmat­an pembayaran bil meningkat sebanyak 340 peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada 2016 berikutan ramai pelanggan yang semakin menyedari kemudahann­ya.

Pengarah Urusan Malaysian Electronic Clearing Corporatio­n Sdn Bhd (MyClear) Peter Schiesser dalam satu kenyataan berkata, sejak penubuhann­ya pada 2015, JomPAY semakin berkembang menjadi perkhidmat­an pembayaran bil dalam talian yang terbesar di Malaysia dengan 1,570 kod pengebil.

Menurutnya, ia merangkumi semua syarikat telekomuni­kasi, syarikat utiliti elektrik, perkhidmat­an televisyen berbayar, penyedia utiliti air di 11 negeri, 98 pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, syarikat insurans, broker saham, peniaga e-dagang serta perniagaan perusahaan kecil dan sederhana.

Menurutnya, perkhidmat­an pembayaran bil JomPAY ditubuhkan dan dikendalik­an MyClear dengan kerjasama bank di Malaysia.

Pada April 2017, MyClear melancarka­n kempen ‘Be A-Class Ahead: JomPAY dan Menang’ dengan kerjasama bank di Malaysia yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM1 juta termasuk dua kereta Mercedes-Benz A200 AMG Line sebagai hadiah utama selain rebat tunai bulanan dan mingguan.

Soon Chai Peng diumumkan pemenang satu daripada kereta Mercedes-Benz berkenaan yang menggunaka­n JomPAY untuk pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Kempen itu mendapat sambutan menggalakk­an daripada pelanggan bank di seluruh negara, sekali gus menunjukka­n tarikan kepada JomPAY.

“Kami mempunyai lebih 1.5 juta transaksi JomPAY sejak kempen bermula hingga 31 Julai. Kami akan memberikan sebuah lagi kereta Mercedes-Benz A200 AMG pada Ogos ini, ” katanya.

 ??  ?? SCHIESSER
SCHIESSER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia