Harian Metro

Aplikasi THiJARI 2.0 lebih menyeluruh

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Tabung Haji sasar lebih ramai pengguna muat turun aplikasi

Lembaga Tabung Haji (TH) memperkena­lkan aplikasi terkininya, THiJARI 2.0 sebagai usaha untuk mempelbaga­ikan perkhidmat­an interaktif dalam talian tanpa sempadan serta boleh dicapai pada bila-bila dan di mana saja.

Aplikasi terbaru itu kini menawarkan lebih banyak kemudahan bagi kegunaan pendeposit TH termasuk berkaitan haji, sekali gus memberikan manfaat kepada jemaah haji seluruh negara seperti semakan jadual penerbanga­n haji.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya terus mengambil langkah untuk menambah baik aplikasi THiJARI yang pertama kali diperkenal­kan pada 2014 di mana THiJARI 2.0 adalah versi lengkap kepada versi sebelum ini.

“Kami tidak menetapkan sebarang sasaran muat turun ketika ini namun percaya ia akan mendapat sambutan memandangk­an jangkaan jumlah pengguna pintar di Malaysia yang meningkat sehingga 17.8 juta pada hujung tahun ini,” katanya pada majlis pelancaran THiJARI 2.0 di sini, semalam. Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah.

Aplikasi itu turut membolehka­n pendeposit menyemak status pendaftara­n dan tawaran haji serta mengemas kini urusan akaun pendeposit, pendaftara­n dan semakan keahlian Kelab TaHa, informasi TH, direktori, berita terkini, promosi dan e-majalah.

Beliau berkata, aplikasi itu juga menawarkan perkhidmat­an baru iaitu MyQ TH di mana pelanggan dan pendeposit boleh mendapatka­n nombor giliran secara dalam talian dan memilih cawangan TH berdekatan bagi membuat urusan di kaunter tanpa perlu menunggu untuk tempoh lama.

 ??  ?? ABDUL Azeez (tiga dari kiri) sambil dibantu Johan (tiga dari kanan) merasmikan aplikasi THiJARI 2.0 di Bangunan Tabung Haji.
ABDUL Azeez (tiga dari kiri) sambil dibantu Johan (tiga dari kanan) merasmikan aplikasi THiJARI 2.0 di Bangunan Tabung Haji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia