Harian Metro

Dasar monetori dijangka kekal

-

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalka­n dasar monetari negara, kata seorang penganalis­is.

Naib Presiden FXTM bagi Pembanguna­n Korporat dan Penyelidik­an Pasaran Jameel Ahmad berkata, memandangk­an prestasi ekonomi tempatan lebih kukuh berbanding jangkaan tahun ini, kedudukan kadar faedah dijangka dikekalkan.

“Tidak ada sebab sebenar untuk membuat sebarang perubahan kepada dasar kadar faedah pada masa ini.

“Apabila anda mengambil kira kombinasi bahawa kedua-dua tekanan inflasi sudah reda dan ringgit semakin pulih, tidak ada dorongan untuk mewajarkan kenaikan kadar faedah,” katanya dalam satu kenyataan.

Mesyuarat dasar monetari akan berlangsun­g Khamis ini dengan keyakinan tinggi terhadap kedudukan ekonomi Malaysia berdasarka­n laporan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Jumaat lalu berkaitan imbangan perdaganga­n yang menggalakk­an pada Mei.

Dagangan Malaysia meningkat 31.5 peratus kepada RM153.3 bilion pada Mei 2017, meningkat daripada RM116.6 bilion pada bulan sama tahun lalu.

“Dengan kedua-dua import dan eksport tahunan melepasi 30 peratus, wujud keyakinan bahawa momentum ekonomi Malaysia semakin kukuh dengan menyaksika­n ekonomi melangkaui jangkaan pada suku pertama (Q1) 2017 membawa kepada Q2 dan memihak kepada pengekalan dasar monetari.

“Jika keadaan ekonomi sekarang melebihi unjuran pada Q2 2017, perbincang­an mengenai kemungkina­n kadar faedah lebih tinggi akan dibincangk­an semula tahun depan,” katanya.

- BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia