Harian Metro

Operasi bersih

- AFP

Perdana Menteri Iraq ucap tahniah kepada askar negara itu selepas Mosul hampir ditawan

Tentera Iraq semalam berusaha menghapusk­an saki-baki kumpulan Daish yang masih bertahan di Mosul, selepas pemimpin negara itu melawat bandar berkenaan untuk mengucapka­n tahniah kepada askar yang berjaya mencapai kemenangan di situ.

Dengan anggota Daish kini terperangk­ap di satu kawasan kecil di Kota Lama Mosul, perhatian kini tertumpu kepada pembinaan semula bandar itu serta membantu orang awam.

Kumpulan bantuan memberi amaran krisis kemanusiaa­n di Iraq masih belum diatasi walaupun dengan kejayaan menawan Mosul.

Perdana Menteri Haider al-Abadi melawat Mosul kelmarin dan memuji ‘wira pasukan pejuang’ negara itu selepas beberapa bulan pertempura­n yang mengakibat­kan kerosakan teruk terhadap bandar berkenaan.

Kota Lama Mosul paling teruk terjejas dengan banyak bangunanny­a musnah sama sekali sementara jalan raya dipenuhi sisa runtuhan.

Pejabat Haider berkata, pemimpin itu ‘melawat Mosul yang sudah dibebaskan’ untuk mengucapka­n tahniah kepada pejuangnya kerana ‘kejayaan besar mereka.’

Haider sendiri kemudian dilaporkan berkata, dia tidak akan membuat pengumuman rasmi mengenai kemenangan askar Iraq buat masa ini sebagai menghormat­i anggota tentera yang masih menjalanka­n operasi pembersiha­n.

Seorang komander kanan semalam berkata, masih ada askar Iraq bertempur dengan saki-baki Daish tetapi perang hampir tamat sepenuhnya.

Leftenan Jeneral Sami al-Aridhi dari unit elit Perkhidmat­an Antikegana­san berkata, anggota Daish kini cuma ada di kawasan kecil seluas 200 kali 100 meter di Kota Lama.

“Mereka enggan mengaku kalah. Tetapi operasi kini dalam peringkat akhir dan kemungkina­n besar pertempura­n akan ditamatkan bila-bila masa,” katanya kepada AFP.

Menurut Sami, pihaknya mendapat maklumat ada antara 3,000 hingga 4,000 orang awam di kawasan itu, tetapi ia tidak dapat disahkan.

Tentera Iraq dengan bantuan pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) untuk memerangi Daish melancarka­n kempen pada Oktober lalu untuk menawan semula Mosul.

Daish menguasai bandar berkenaan pada pertengaha­n 2014.

Perancis, Britain dan Kesatuan Eropah (EU) mengucapka­n tahniah kepada tentera Iraq kelmarin, dengan EU menganggap­nya langkah penting dalam menghapusk­an penguasaan pengganas di Iraq.

Iran - sekutu utama kerajaan Syiah pimpinan Haider - turut mengucapka­n tahniah dan menawarkan bantuan membina semula bandar berkenaan.

 ??  ?? BANGUNAN yang musnah akibat pertempura­n di Kota Lama Mosul. - Reuters
BANGUNAN yang musnah akibat pertempura­n di Kota Lama Mosul. - Reuters
 ??  ?? ANGGOTA polis Iraq mengibarka­n bendera negara itu
ketika meraikan kejayaan menawan Kota Lama Mosul,
semalam. - AFP
ANGGOTA polis Iraq mengibarka­n bendera negara itu ketika meraikan kejayaan menawan Kota Lama Mosul, semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia