Harian Metro

Latif sasar pertahan pingat emas

-

Lumpur: Atlet paralimpik kebangsaan Abdul Latif Romly menyasarka­n untuk mempertaha­nkan pingat emas dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajar­an) pada Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia di London, dari 14 hingga 23 Julai ini.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu yang meraih emas dalam Kejohanan Dunia 2015 di Doha, Qatar itu yakin sasaran itu mampu dicapai sekiranya dia dapat memperbaik­i jarak lompatanny­a.

Untuk rekod, Latif memenangi emas dalam acara sama pada Kejohanan Dunia 2015 di Doha dengan catatan 7.35 meter.

“Saya memang menyasarka­n untuk mempertaha­nkan pingat emas yang dimenangi tahun ini. Saya tidak pasti sama ada dapat memperbaha­rui rekod peribadi saya sendiri cuma saya berjanji akan memberi yang terbaik demi mengharumk­an nama negara,” katanya.

Latif turut menjangkak­an saingan sengit untuk mempertaha­nkan emas hadir daripada pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik Rio iaitu Zoran Talic dari Croatia dan Dmytro Prudnikov dari Ukraine.

Latif mencipta rekod dunia dengan catatan 7.60 meter pada Sukan Paralimpik Rio 2016.

Dalam pada itu, dia tidak pasti sama ada akan menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan dan menyerahka­n perkara itu kepada jurulatih lompat jauh paralimpik negara Mohd Syahrul Amri Mohd Suhaimi.

“Insya-Allah, jurulatih cakap fokus kepada Kejohanan Dunia terlebih dulu. Kalau saya dapat beri persembaha­n terbaik, beliau mungkin akan pertimbang­kan penyertaan saya pada Sukan SEA nanti,” kata anak jati Perlis itu. - BERNAMA Kuala Lumpur: Siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kembali bersambung selepas berehat panjang sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitir­i di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor hujung minggu ini.

Perlumbaan pusingan kelima minggu ini menyaksika­n MAEPS menjadi hos buat tahun ketiga berturut-turut dengan penyediaan litar yang mencabar termasuk laluan lurus berbukit yang memerlukan kelebihan dari segi kuasa jentera.

Saingan minggu ini juga menyaksika­n Kasma Daniel Kasmayudin

(PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang terlepas aksi pusingan keempat di Teluk Intan kerana menyertai Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia CEV di Sepanyol, Mei lalu akan kembali ke litar dalam usaha untuk merampas kembali kedudukan selaku pendahulu keseluruha­n kategori CP150.

Selepas empat pusingan, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ yang menjuarai perlumbaan di Teluk Intan kini mendahului kedudukan keseluruha­n dengan 51 mata manakala Kasma di tangga kedua dengan 50 mata diikuti rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham di kedudukan ketiga dengan 40 mata.

Saingan CP115 pula terarah kepada Md Akid Aziz yang memburu kemenangan keempat berturut-turut.

(gambar)

 ??  ??
 ??  ?? LATIF (kanan) tekad baiki jarak lompatan.
LATIF (kanan) tekad baiki jarak lompatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia