Harian Metro

Aksi dramatik, menghiburk­an

- Mohd Badlishah Mohd Ali badlishah@hmetro.com.my Mohd Sharumnish­am Shahbudin sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Walaupun sekadar perlawanan persahabat­an, pertemuan skuad Team Media FC (TMFC) menentang Veteran PDRM berlangsun­g penuh dramatik dan menghiburk­an di Padang PULAPOL, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebaik wisel dibunyikan barisan depan Veteran PDRM diketuai SM Roslan Mohd Yatim terlebih dulu menguji penjaga TMFC, Wan Fakhrul Bakar namun gagal menepati sasaran. Skuad Veteran PDRM diwakili Fauzi Pilus, bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus dan Mubin Mokhtar berjaya menguasai bahagian tengah.

Penampilan TMFC kali ini tampak lebih mantap dengan diperkuat bekas pemain kebangsaan, Negeri Sembilan, ATM, Rezal Zambery Yahya serta Izham Ismail. Corak bertahan dan serangan pantas TMFC beberapa kali berjaya mencemaska­n pertahanan lawan.

Veteran PDRM mendahului hasil ledakan Terence Chong yang gagal ditepis keluar Wan Fakhrul. Tersentak gol itu, TMFC menggandak­an asakan akhirnya gol penyamaan hadir menerusi Mohammad Rozaidi Zulkifli.

Aksi separuh masa kedua tiada sebarang gol dihasilkan namun babak ketiga Terence sekali lagi mencuri tumpuan apabila menjaringk­an gol kemenangan Veteran PDRM. Kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat.

SM Roslan berkata, keputusan perlawanan tidak penting tetapi aksi itu lebih kepada mengeratka­n ikatan silaturahi­m antara PDRM dengan media.

“Kami seronok dengan perlawanan ini namun kami lebih ceria dengan TMFC kerana meluangkan masa beriadah bersama,” katanya. Kubang Pasu: Seramai 100 murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum hadir mencuba nasib dalam sesi pemilihan atlet angkat berat negeri Kedah sempena program pencarian badang Kedah di sekolah itu baru-baru ini.

Presiden Persatuan Angkat Berat Negeri Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, kehadiran peserta yang penuh bersemanga­t itu memberi petanda positif Kedah yang berhasrat kembali

 ??  ?? SKUAD TMFC bergambar kenangan selepas aksi persahabat­an di Padang PULAPOL.
SKUAD TMFC bergambar kenangan selepas aksi persahabat­an di Padang PULAPOL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia