Harian Metro

Mexico garang

- AFP

 El Tri bergaya benam El Salvador pada aksi pembukaan Piala Emas

Mexico memulakan kempen mempertaha­nkan Piala Emas apabila mencatatka­n kemenangan selesa 3-1 ke atas El Salvador pada perlawanan pembuka tirai Kumpulan C semalam.

Barisan pemain muda Mexico yang menyasarka­n untuk memenangi piala berprestij itu buat kali kelapan bermula baik menerusi jaringan Hedgardo Marin, Elias Hernandez dan Orbelin Pineda.

Mexico beraksi tanpa beberapa pemain utama yang beraksi pada Piala Konfederas­i di Russia bulan lalu.

Pengurus pasukan Juan Carlos Osorio hanya dapat menyaksika­n perlawanan itu dari ruang hospitalit­i di Stadium Qualcomm selepas dikenakan hukuman penggantun­gan enam perlawanan kerana berang dengan pegawai pada Piala Konfederas­i.

Pembantuny­a Luis Pompilio Paez diberi tanggungja­wab membimbing barisan pemain kurang berpengala­man itu ketika menentang El Salvador yang meraih gol saguhati menerusi sepakan percuma Nelson Bonilla pada minit ke-10 selepas Marin meletakkan Mexico di depan dua minit terdahulu.

Hernandez kembali meletakkan Mexico di depan sebelum rehat menerusi rembatan kencang minit ke-29.

Pemain gantian Orbelin Pineda mengukuhka­n kedudukan Mexico dengan menyumbang gol ketiga pada minit ke-55. Gol itu hadir selepas Hernandez melakukan hantaran cantik yang kemudian disempurna­kan Pineda.

“Memulakan kempen dengan kemenangan amat penting,” kata Paez.

“Kemenangan ini memberi keyakinan kepada kami dan ia lebih mudah memperbaik­i kelemahan apabila mencatat kemenangan berbanding tewas.

“Kami lebih banyak bertahan pada babak pertama tapi mengubah rentak permainan selepas itu,” katanya.

pada

 ??  ??
 ??  ?? MARIN (kiri) ledak gol untuk Mexico.
MARIN (kiri) ledak gol untuk Mexico.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia