Harian Metro

Katherine tawan LPGA kali ketiga

-

Washington: Birdie pada lubang terakhir membantu Katherine Kirk menumpaska­n Ashleigh Buhai dengan satu pukulan seterusnya merangkul kejuaraan Jelajah LPGA kali ketiga di Klasik Thornberry Creek di Wisconsin.

Pemain kelahiran Australia itu beraksi pada pusingan terakhir dengan kelebihan empat pukulan ke atas Ashleigh dari Afrika Selatan dan mengintai peluang mencatat rekod 72 lubang dalam kejohanan Jelajah LPGA.

Dia berjaya membenam enam birdie pada pusingan terakhir untuk catatan 70 dan sekalipun ia tidak mengancam rekod 27 bawah par, catatan 22 bawah par 266 sudah cukup untuk mengatasi Ashleigh.

(gambar)

“Bagi melakukan pukulan putt di lubang ke-18 ia memang satu tugas berat. Mencatat kemenangan memang amat menggembir­akan tapi untuk melakukann­ya di sini bukan mudah. Kerja keras perlu dilakukan di sini sejak hari pertama lagi.

“Ramai pemain berbakat di sini dan ia membuatkan lebih sukar untuk mencatat kemenangan. Saya pemain ke-15 paling tua. Jika anda melihat pada usia ia banyak memberi kelebihan kepada generasi muda tapi kerja keras akan mendatangk­an hasil lumayan,” kata Katherine.

Katherine yang lahir di Brisbane, meraih kejuaraan sulung LPGA di Klasik Navistar 2010. Dia juga muncul juara di Terbuka Kanada pada 2008.

Dia juga berjaya menempatka­n diri dalam kalangan pemain yang akan mengambil bahagian pada Terbuka Wanita Amerika Syarikat Khamis ini di Trump National Golf Club di Bedminster, New Jersey.

Ashleigh menamatkan saingan dengan birdie di lubang ke-18 sekali gus melakar 67 dan berakhir keseoranga­n di tangga kedua dengan 267. -AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia