Harian Metro

Bintang baru Chelsea

- AFP

Pemain pertahanan kebangsaan Jerman, Antonio Rudiger sah menyertai Chelsea dari kelab Itali, AS Roma dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak £29 juta (RM160 juta).

Yuran perpindaha­n pemain berusia 24 tahun itu mempunyai bayaran tambahan yang boleh meningkat sebanyak £33.3 juta (RM184 juta) dengan kontrak selama lima tahun selepas membantu negaranya menjuarai Piala Konfederas­i.

Rudiger yang beraksi dengan Roma sejak berpindah dari Stuttgart pada 2015, memberikan semangat buat Chelsea sehari selepas mereka dikecewaka­n dengan perpindaha­n pemain sasaran mereka Romelu

(gambar kiri)

Lukaku yang bersetuju menyertai Manchester United.

“Saya amat gembira kerana tidak semua pemain dapat peluang menyertai kelab besar seperti ini,” kata Rudiger.

“Saya tidak sabar untuk bertemu dengan rakan sepasukan baru dan saya bangga untuk menjadi pemain Chelsea.”

Pengarah Teknikal Chel- sea, Michael Emenalo berkata, Rudiger yang memiliki 17 caps sejak membuat penampilan pertama pada 2014 memiliki kualiti untuk menyerlah di Liga Perdana.

“Saya gembira kerana berjaya membawa pemain yang sudah terbukti berkualiti untuk menambah kekuatan di bahagian pertahanan,” ujar Emenalo.

“Antonio masih muda tapi mempunyai pengalaman di peringkat kelab dan antarabang­sa serta memiliki kebolehan untuk beraksi di Liga Perdana.

“Kami sudah lama mengesan kemampuann­ya dan yakin dia boleh beraksi dengan baik bersama pasukan.”

 Blues ikat Rudiger 5 tahun

Rudiger yang menjaringk­an 12 gol dalam karier profesiona­l bagaimanap­un mempunyai rekod enam kad merah.

Dia pemain kedua yang dibawa masuk oleh Chelsea, yang pertama dengan bayaran selepas penjaga gol veteran Argentina Willy Caballero menyertai kelab itu secara percuma apabila dilepaskan oleh Manchester City.

 ?? Antonio Rudiger ?? Saya amat gembira kerana tidak semua pemain dapat peluang menyertai kelab besar seperti ini”
Antonio Rudiger Saya amat gembira kerana tidak semua pemain dapat peluang menyertai kelab besar seperti ini”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia