Harian Metro

Manfaat tuah undian

-

Lumpur: Kapten skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Adib Zainudin

berharap mereka dapat memanfaatk­an sepenuhnya tuah undian Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur bulan depan meskipun persiapan pasukan itu masih tidak menentu.

Berdasarka­n undian acara bola sepak Sukan SEA 2017 Sabtu lalu, tuan rumah Malaysia boleh menarik nafas lega apabila diundi dalam Kumpulan A bersama Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.

Berbanding Kumpulan B yang nampak lebih getir saingannya membabitka­n juara bertahan Thailand, Vietnam, Indonesia, Kemboja, Filipina dan Timor-Leste.

Bagi pemain pertahanan tengah kelab FELCRA FC, Adib, 22, dia yakin skuad negara mempunyai peluang cerah untuk melepasi halangan peringkat kumpulan.

“Kalau melihat kepada undian kumpulan, kami ada peluang untuk ke pusingan kedua. Rugi kalau kami tak ambil kesempatan daripada undian ini.

“Bagi saya Myanmar adalah pencabar utama kerana ramai pemain mereka pernah bermain pada kejohanan Piala Dunia Bawah 20

(gambar)

Tahun (2015) dan kami juga kena berhati-hati dengan Singapura,” katanya kepada Arena Metro.

Bagaimanap­un, hanya bersandark­an kepada tuah undian saja tidak akan ke mana jika persiapan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee masih kelam-kabut.

Masalah pelepasan pemain mencipta kekalutan di kem latihan pusat pasukan itu pada 5 Julai lalu apabila hanya enam pemain melaporkan diri manakala 20 lagi pemain tidak mendapat pelepasan pasukan masing-masing.

Adib dan rakan sepasukann­ya N Thanabalan di FELCRA FC antara pemain yang tidak mendapat pelepasan itu namun mereka sudah melaporkan diri semalam untuk bersama pasukan membuat persiapan saingan kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok dari 19-23 Julai ini.

“Saya berharap semua pemain dapat bersama pasukan dan tanpa pemain ini agak sukar untuk jurulatih membawa skuad mantap ke Bangkok kerana bukan saja kami mahu layak malah ini juga persiapan pasukan ke Sukan SEA,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia