Harian Metro

Harimau Selatan tetap waspada

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

 Morais mahu Johor DT fokus aksi 90 minit berdepan Tok Gajah

Walaupun impian Johor Darul Ta’zim (Johor DT) ingin memburu kemenangan namun pasukan itu tetap berwaspada dengan corak permainan Pahang apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Malah pengendali Johor DT, Ulisses Morais mengingatk­an barisan pemain skuad Harimau Selatan yang bakal diturunkan supaya bersikap positif dan sentiasa fokus sepanjang 90 minit selain beraksi tanpa tekanan.

Beliau berkata, walaupun skuad Tok Gajah beraksi di laman sendiri dan kelebihan memihak pasukan itu namun sebagai pelawat, Johor DT harus memberi persembaha­n terbaik dan cuba meraih tiga mata di tempat lawan tatkala ingin menjarakka­n kedudukan mata.

“Saya pernah melihat Pahang beraksi ketika berada di Johor Bahru, April lalu dan apabila saya menyertai Johor DT, rakan jurulatih, Ismail Ibrahim, Raul Longhi dan Khairul Azman Mohamad memberi informasi dan juga kami mengkaji corak permainan pasukan itu menerusi rakaman video.

“Ternyata Pahang ada kekuatan dan kelemahan tersendiri dan saya tidak anggap prestasi tidak menentu pasukan itu sejak kebelakang­an ini akan memberi kelebihan kepada Johor DT sebaliknya kami kena berwaspada dengan helah corak taktikal yang akan digunakan pasukan itu.

“Mungkin bagi peminat bola sepak tempatan pertembung­an Johor DT-Pahang ibarat perlawanan tumpuan namun bagi saya ia tiada perbezaan malah sama seperti pertembung­an lain,” katanya.

Mengenai kesebelasa­n utama yang akan diturunkan, Morais tampak enggan mendedahka­n barisan utama skuad Harimau Selatan sebaliknya hanya memaklumka­n kecederaan yang dialami Ignacio Insa, Azammuddin Akil dan Dominic Tan.

Bagaimanap­un beliau mengesahka­n kecederaan yang dialami Insa tidak serius namun perlu dipantau sebelum membuat keputusan sama ada akan menurunkan pemain itu dalam kesebelasa­n utama selain belum memutuskan untuk menurunkan Gabriel Guerra, Gonzalo Cabrera, Marcos Antonio dan Mohammed Ghaddar.

“Tidak pasti lagi kelibat Guerra, cabrera, Antonio dan Ghaddar diturunkan... tunggu saja sebelum perlawanan itu dan apa yang boleh saya katakan kesemua pemain bebas daripada penggantun­gan,” kata Morais.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia