Harian Metro

Dollah harap rancangan menjadi

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Dollah Salleh mengakui prestasi tidak menentu selain belum mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan termasuk dua pada saingan Piala Malaysia menyebabka­n Pahang perlu mengerah segala kudrat apabila bertemu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Jurulatih Tok Gajah itu berkata, tiada yang lebih penting kecuali mencatat kemenangan jika mahu mengurangk­an jurang mata dengan skuad Harimau Selatan itu.

Katanya, segalanya diharap ‘menjadi’ selepas tiga perlawanan menyaksika­n Pahang gagal mencatat kemenangan dan pada aksi terakhir bertemu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC sekadar seri 1-1.

“Oleh itu, saya mahu pemain kembali mendapat rentak dan tidak terlepas tiga mata di laman sendiri jika mahu memberi tekanan kepada Johor DT yang pasti mahu meraih tiga mata dalam usaha mengukuhka­n kedudukan di persada Liga Super.

“Kelebihan beraksi di laman sendiri tidak boleh dilepaskan walaupun lawan berada pada prestasi terbaik dan kemenangan mampu menyuntik semangat untuk beraksi lebih baik pada perlawanan akan datang,” katanya semalam.

“Saya harap percaturan esok (malam ini) akan menjadi untuk kembali meletakkan Pahang pada prestasi terbaik terutama mengurangk­an jurang mata,” katanya.

Selepas 14 perlawanan, Pahang menduduki tangga kedua liga dengan 24 mata iaitu perbezaan sembilan mata dengan Johor DT yang kini pendahulu liga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia