Harian Metro

Titans enggan derita lagi

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Pemain T-Team tidak rela maruah tercalar sekali lagi di laman sendiri sebaliknya yakin strategi ampuh adunan jurulatih kelahiran Indonesia, Rahmad Darmawan dan pembantuny­a dari Terengganu, Mohd Azhari Salim mampu menceriaka­n kem The Titans pada aksi Liga Super bertemu Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Pemain tengah berpengala­man The Titans, Badrul Hisyam Morris berkata, luka dimalukan skuad Liga Perdana, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) masih lagi berbekas, oleh itu dia dan rakan sepasukann­ya tidak mahu kempunan lagi untuk mengutip tiga mata sekali gus bagi mengembali­kan semula reputasi pasukannya.

“Kami belum mencatat sebarang kemenangan lagi sesudah perlawanan bersambung semula selepas Aidilfitri, oleh itu kami tidak mahu tercicir mata lagi sebaliknya wajib memenangi perlawanan ini untuk mengukuhka­n kedudukan dalam carta liga.

“Justeru saya menuntut rakan sepasukan berusaha keras sambil mengharapk­an strategi yang bakal diatur jurulatih berpengala­man itu mampu memerangka­p pasukan Kelantan dan seterusnya berjaya meraih tiga mata,” kata Badrul.

Sebelum ini skuad The Titans itu tewas 2-4 kepada Selangor dalam aksi liga, tewas 1-2 kepada PKNP dan seri 3-3 dengan Negeri Sembilan Jumaat lalu dalam aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Bekas pemain Sime Darby FC itu berkata, ia peluang terbaik buat pasukannya untuk menewaskan Kelantan berikutan prestasi tidak konsisten skuad itu apatah lagi selepas tewas kepada Melaka United minggu lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia