Harian Metro

KAREENA KEMBALI BERLAKON SEPTEMBER INI

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Selepas melahirkan anak Disember

lalu, pelakon jelita Bollywood, Kareena Kapoor bakal kembali ke set

penggambar­an, September ini. Bagaimanap­un, ibu kepada bayi lelaki

bernama Taimur Ali Khan yang kini berusia lima bulan itu enggan berkongsi lanjut maklumat mengenai filem baru

terbabit. “Filem itu akan menemui penonton tahun depan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kedai jus buah-buahan Juiceco di Bangsar, Kuala

Lumpur, baru-baru ini. Ini kali ketiga Kareena datang ke Malaysia dan kehadiran bintang berusia 36 tahun itu di kedai berkenaan

dinantikan lebih 1,000 peminat. Menjawab pertanyaan media mengenai pemilihan watak, isteri pelakon Saif Ali Khan ini berkata, dia lebih menekankan

jalan cerita sesebuah karya. “Bagi saya kekuatan cerita lebih penting daripada watak. Saya akan baca skrip dulu sebelum bersetuju berlakon,”

katanya.

Perwatakan­nya lemah lembut, sopan santun dan memiliki senyuman menawan. Malah, butir bicaranya juga

kemas dan tersusun rapi. Semua ini membuatkan nama Niena Baharun pantas meniti

di bibir peminatnya selepas kejayaan membintang­i drama Sayangku Kapten Mukhriz

di TV3 lalu. Walaupun drama itu sudah tamat tayanganny­a, peminat masih tidak boleh melupakan setiap saat indah yang dicipta

Niena bersama pelakon gandingann­ya, Raja Afiq. Selain itu, pelakon berusia 23 tahun ini juga bijak mengatur

portfolio seninya dan Niena perlahan-perlahan mendaki puncak populariti serta dihujani

tawaran demi tawaran.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia