Harian Metro

CUKUPLAH WATAK CAMEO RADIN

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Berpeluang muncul sebagai watak cameo dalam episod pertama drama bersiri Mencintaim­u Mr Photograph­er sedikit sebanyak mencabar penyampai radio dan pengacara Radin.

Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy menganggap tawaran itu satu peluang berharga untuk mengembang­kan bakat.

“Sebenarnya ada beberapa tawaran berlakon, tetapi saya terpaksa tolak kerana terikat dengan komitmen mengacara program PM Live dan penyampai

Era FM.

“Namun, apabila ditawarkan membuatkan kemunculan khas dalam drama Mencintaim­u Mr Photograph­er, saya terima kerana penggambar­an hanya ambil masa sehari,” katanya.

Ditanya sama ada dia meminati bidang lakonan, Radin berkata, dia berbakat dalam cabang seni itu sejak di bangku sekolah.

“Ketika belajar di

Arau, saya ada menyertai kelab teater. Di situ saya mengasah bakat lakonan.

“Namun, setakat di situ saja kerana saya tidak pernah menghadiri manamana uji bakat selepas tamat belajar. Namun, selepas bergelar penyampai dan ada tawaran sebegini, kalau tidak mengganggu jadual kerja, saya akan terima,” katanya.

Walaupun kemunculan­nya hanya tiga minit, Radin mendapat pelbagai maklum balas daripada peminat dan netizen.

“Ramai beri komen positif dan ada juga yang mengkritik.

“Antara kritikan yang diterima adalah saya masih terbawa-bawa intonasi penyampai radio ketika berlakon,” katanya.

Ditanya sama ada itu permulaann­ya untuk menceburi dunia lakonan secara serius, Radin berkata, masih banyak yang perlu dipelajari­nya.

“Kalau betul saya ingin teruskan kerjaya lakonan, banyak lagi yang perlu saya pelajari. Saya tidak mahu melakukan sesuatu dengan ala kadar hanya kerana nama dikenali.

“Apa boleh saya katakan, kerjaya sebagai penyampai radio dan pengacara masih menjadi keutamaan. Kalau ada pun rezeki dalam lakonan, ia tidak akan menjadi kerjaya utama saya,” katanya.

Selepas tiga tahun bergelar penyampai di Era FM, Radin gembira dengan pencapaian­nya hari ini.

“Alhamdulil­lah, kerjaya saya berjalan lancar. Jumlah peminat saya juga semakin bertambah. Terima kasih juga kepada Era FM kerana majoriti peminat saya adalah pengikut dan pendengar radio ini,” katanya.

Radin buat kemunculan khas dalam drama

Mencintaim­u Mr Photograph­er

 ??  ?? Apa boleh saya katakan, kerjaya sebagai penyampai radio dan pengacara masih menjadi keutamaan. Kalau ada pun rezeki dalam lakonan, ia tidak akan menjadi kerjaya utama saya
Apa boleh saya katakan, kerjaya sebagai penyampai radio dan pengacara masih menjadi keutamaan. Kalau ada pun rezeki dalam lakonan, ia tidak akan menjadi kerjaya utama saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia