Harian Metro

SEMANGAT TAK LUNTUR

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Ketika nama Johan As’ari,

31, menjadi sebutan peminat, dia mula menjalin hubungan cinta dengan rakan artis.

Namun, ia tidak membawa mereka ke jenjang pelamin dan kini wanita yang pernah hadir dalam hidupnya itu sudah pun berkahwin.

Tiada apa yang dapat diungkapka­n Johan melainkan mendoakan kebahagiaa­n mereka dengan pasangan masing-masing.

“Saya turut gembira melihat mereka bahagia sekarang,” katanya.

Selepas beberapa ketika, Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari seperti kehilangan arah, apatah lagi selepas ibu yang menjadi penyokong dan sandaran kasihnya pergi meninggalk­annya buat selama-lamanya.

Lantaran itu, dia mengisi kekosongan yang ditinggalk­an wanita yang amat dicintainy­a itu dengan mempelajar­i agama dan kini aktif menyertai Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) apabila bapanya, Datuk As’ari Ibrahim adalah Yang Dipertua pertubuhan itu.

Ke mana pun pelakon itu pergi berkelana mencari ilmu dunia dan akhirat, rasa cintanya terhadap bidang lakonan tidak pernah surut.

“Berlakon adalah jiwa dan minat saya, tetapi pada awal pembabitan dalam dunia lakonan terasa diri ini menjadi mangsa eksploitas­i sesetengah pihak.

“Ia menyebabka­n saya banyak tersalah langkah dalam menentukan hala tuju dalam kerjaya. Saya sepatutnya lebih tegas terhadap pemilihan projek yang ditawarkan, tetapi sebaliknya saya cuba memenuhi setiap permintaan yang datang.

“Ini jadinya apabila saya tiada pengalaman dan ilmu. Saya menjadi ‘pak turut’ dan hanya ikut saja apa orang beri. Ada yang tidak sesuai dengan saya dan ia akhirnya memberi impak negatif kepada nama saya,” katanya.

Johan turut mempersoal­kan keikhlasan sesetengah pihak kepadanya. Namun, dia tidak pernah menyesal dengan kesilapan lalu sebaliknya menganggap ia sebagai pengajaran dalam mematangka­nnya.

“Kesilapan itu mengajar saya sekarang untuk menjadi lebih bijak menilai sebelum menerima sebarang tawaran, bukan sudah lupa diri tetapi demi menjaga nama dan kualiti sebagai pelakon,” katanya.

Rasa cinta

Johan terhadap lakonan

tidak pernah

surut walaupun berkelana

cari ilmu

Mahu berkursus

di Russia

Bagi memastikan dia terus cemerlang dalam kerjaya seni, atas cadangan rakan baiknya iaitu pelakon Zahiril Adzim, Johan bercadang mengikuti kursus jangka pendek di sebuah akademi lakonan di Russia.

Difahamkan, kursus lakonan di negara itu antara yang terbaik.

“Saya merancang untuk memohon belajar di sana tahun ini juga. Mungkin hanya menghadiri kursus jangka pendek selama tiga bulan sebuah akademi di negara itu.

“Sebelum berangkat, saya kena belajar bahasa Russia demi mendapatka­n ilmu terbaik dalam meningkatk­an mutu lakonan saya. Di sana cara lakonan mereka berbeza dan watak yang dibawakan setiap pelakon lebih mendalam.

“Sudah tiba masanya untuk mendalami ilmu lakonan supaya dapat menguasai watak yang ditawarkan kepada saya nanti dengan baik dan sebagai pelakon, kita perlu sentiasa belajar untuk meningkatk­an kualiti lakonan,” katanya.

Mengulas kerjaya lakonannya kini, Johan akui dia kurang muncul di televisyen kerana perlu memilih setiap tawaran yang datang.

“Ada tawaran berlakon, tetapi sudah tiba masanya memilih watak yang saya rasa boleh membawa lebih jauh dalam dunia lakonan,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ?? JOHAN bersama ahli PERTAMA.
JOHAN bersama ahli PERTAMA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia