Harian Metro

Tak sangka permintaan amat tinggi

-

“Rusa tidak cerewet, ia tidak memerlukan kos ubat-ubatan atau vitamin seperti lembu atau ternakan lain. SAya hanya perlu menyediaka­n kawasan yang selesa dan selamat selain memagar kawasan itu dengan pagar setinggi 2.4 meter.

“Makanan yang menjadi kegemaran rusa pula hanya rumput minyak dan napier sementara palet tidak perlu diberikan secara rutin seperti lembu.

“Rusa lebih gemar makan makanan berasaskan sumber semula jadi seperti batang sagu, hampas soya, buah dan daun pokok kelapa sawit,” katanya ketika ditemui di Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu, baru-baru ini.

Menurutnya, pada peringkat permulaan dia hanya membela empat ekor rusa timor rensis dan membiak hingga 20 ekor seterusnya memperluas­kan kandang di ladang kelapa sawit dengan kos RM14,000.

“Saya tidak sangka permintaan terhadap daging dan rusa hidup amat tinggi hingga hasil pembiakan rusa yang dijalankan di kandang tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan dari seluruh negeri.

“Saya menambah jumlah induk yang berkualiti di kandang dengan membeli

Ramli lebih

gemar menjual rusa hidup berbanding

daging

induk terbaik dengan harga RM4,000 seekor dan menjalanka­n kegiatan penternaka­n rusa secara serius.

“Alhamdulil­lah, dalam tempoh hanya tujuh hingga lapan bulan rusa yang diternak membiak dan jumlahnya bertambah dari semasa ke semasa,” katanya.

Ramli berkata, dia lebih gemar menjual rusa hidup berbanding daging kerana pulangan menjual daging tidak seberapa, bagaimanap­un demi memenuhi permintaan pelanggan dia terpaksa

Rusa dijual berdasarka­n harga pasaran iaitu RM1,500 seekor untuk anak rusa jantan dan RM2,000 untuk anak rusa betina sementara rusa jantan dewasa RM2,500 seekor dan rusa betina dewasa RM3,000

menyembeli­h dan menjual daging berkenaan.

“Rusa dijual berdasarka­n harga pasaran iaitu RM1,500 seekor untuk anak rusa jantan dan RM2,000 untuk anak rusa betina sementara rusa jantan dewasa

RM2,500 seekor dan rusa betina dewasa RM3,000.

“Induk betina dijual dengan RM4,000 seekor sementara induk jantan bernilai RM4,500 hingga RM5,000 seekor bergantung kepada saiz dan jenis rusa. Rusa baka campuran sambar paling mahal iaitu RM5,000 ke atas,” katanya. -Ahmad Rabiul Zulkifli

 ??  ?? RAMLI memberi makan kepada rusa.
RAMLI memberi makan kepada rusa.
 ??  ?? PEKERJA melapah rusa.
PEKERJA melapah rusa.
 ??  ?? BAKA rusa timor rensis.
BAKA rusa timor rensis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia