Harian Metro

EKSTRAK SARANG BURUNG WALET

-

Formulasi ramuan produk kecantikan buatan tangan dari Jepun

Formulasi ramuan Royal Amazing Beauty Bar adalah kombinasi tiga bahan yang terbaik dan berkualiti tinggi.

“Antaranya sarang burung walet yang diekstrak, 99.9 peratus daun emas adalah bahan aktif yang berasal daripada emas dan serbuk mutiara pula mengandung­i mineral seperti kalsium, magnesium, besi serta protein kompleks dikenali sebagai ‘conchiolin’,” katanya selepas majlis pelancaran Royal Amazing Beauty Bar di Ibu Pejabat Swiftlet Eco Park di

Kepong, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Presiden SANWA Yoshiko Inui dan cef selebriti, Datuk Ismail Ahmad.

Tan yang juga

Setiausaha Agung

Persatuan Industri Huluan dan Hiliran Sarang Burung Walit Malaysia berkata, sarang burung walet yang diekstrak mengandung­i protein larut, kalsium, fosforus, besi, natrium, kalium dan unsur surih yang lain.

“Keistimewa­an asid amino mengandung­i sejumlah besar molekul aktif seperti lysine, cystine dan arginine mampu meningkatk­an pertumbuha­n epidermis.

“Terdapat 99.9 peratus daun emas adalah bahan aktif yang berasal dari

Gold. Fungsi utama adalah untuk menjana semula pertumbuha­n sel baru.

“Selain itu, daun emas mempunyai fungsi antibakter­ia dan antiradang serta mengurangk­an rembesan melanin, sekali gus mengurangk­an cacat cela,” katanya.

Menurutnya, serbuk mutiara mengandung­i mineral seperti kalsium, magnesium dan besi serta protein kompleks yang dikenali sebagai conchiolin.

“Conchiolin mencerahka­n kulit dan secara saintifik terbukti mengurangk­an pigmentasi kulit dengan menghalang tyrosinase (enzim) yang bertanggun­gjawab untuk pengeluara­n melanin.

“Nutrien yang terdapat dalam mutiara juga dapat meningkatk­an pertumbuha­n semula sel kulit, mengurangk­an kedutan, cacat cela, jerawat dan masalah kulit yang lain,” katanya.

Katanya, uniknya

Royal Amazing Beauty Bar menghasilk­an buih yang lembut dan penyerapan secara pantas kerana saiz buih adalah sekitar 0.001 milimeter (mm). Ia lebih halus daripada liang roma di wajah (0.02-0.05 mm).

 ??  ?? TAN menunjukka­n produk Royal Amazing
Beauty Bar.
TAN menunjukka­n produk Royal Amazing Beauty Bar.
 ??  ?? PRODUK royal Amazing Beauty Bar.
PRODUK royal Amazing Beauty Bar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia