Harian Metro

Penanda aras dalam perniagaan

-

Satu-satunya usahawan Bumiputera diterima letak koleksi hamper di pasar raya besar sekitar Lembah Klang

Cantik, berkualiti dan unik, menyebabka­n Norlinna tidak memerlukan modal yang besar untuk menjalanka­n promosi. Kebanyakan pelanggan datang disebabkan tertarik dengan rekaan hamper dan mula menyebarka­n kepada orang lain.

“Pemasaran daripada mulut ke mulut menyebabka­n ramai membuat tempahan hamper dengan saya. Bermula daripada situ perniagaan saya mula berkembang sehingga sampai satu masa saya tidak mampu membuat gubahan berseorang­an.

“Tempahan kian bertambah terutama pada musim perayaan seperti hari raya, Tahun Baru Cina dan Krismas sehinggaka­n ruang rumah tidak lagi dapat menampung jumlah hamper yang sudah disiapkan. Ini menyebabka­n saya terpaksa mencari kedai bagi menyimpan stok hamper yang sudah siap. Begitu juga dengan pekerja sementara yang terpaksa diambil bagi membantu menyiapkan gubahan hamper terutama ketika perayaan,” katanya yang membuka kedai di TTDI Jaya selepas setahun beroperasi di rumah.

Sentiasa segar dengan idea yang dicurahkan bagi memastikan gubahan hamper tampil menarik dan cantik, Norlinna menetapkan konsep dalam rekaan. Misalnya menjelang Syawal dia menerapkan konsep tradisiona­l menerusi penggunaan batik dan songket pada elemen hiasan dan kotak digunakan.

Dia juga menggunaka­n tumbuhan semula jadi seperti pandan dan mengkuang dalam pembungkus­an bagi menampilka­n kelainan. Tidak hanya mencari idea sendiri Norlinna turut menerima cadangan daripada pelanggan.

“Ada pelanggan yang inginkan konsep tersendiri. Jadi saya cuba memenuhi permintaan mereka asalkan ia tidak keterlalua­n,” katanya.

HAMPER HISPTER

Tidak hanya bergantung kepada konsep yang sama setiap tahun, Norlinna cuba mencari kelainan dalam rekaan sehingga tercetus idea untuk menghasilk­an hamper hipster pada tahun ini. Ia bersesuaia­n dengan keadaan ekonomi yang kurang

 ?? FOTO ?? HAMPER hipster yang disediakan untuk pelanggan.
FOTO HAMPER hipster yang disediakan untuk pelanggan.
 ??  ?? ANTARA produk IKS yang diletakkan di dalam hamper.
ANTARA produk IKS yang diletakkan di dalam hamper.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia