Harian Metro

Beri keceriaan sambut Aidilfitri

-

Keterujaan kanak-kanak kurang bernasib baik daripada Rumah Nur Ekhwan Ku, Klang tatkala menerima pemberian baju Melayu dan kurung daripada Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) jelas kelihatan.

Sebaik kembali ke tempat duduk masing-masing, mereka segera mengintai barangan di dalam beg yang diterima. Jaliyah Tulkarimah, 11, begitu teruja menerima sepasang baju kurung baru untuk digayakan pada Aidilfitri ini. Dia mengakui tidak sabar memakai padanan baru setiap kali lebaran menjelang.

“Paling penting, pada cuti kali ini saya boleh pulang ke kampung berjumpa ibu dan mengikutny­a menziarahi saudara- mara di Pahang,” katanya.

Menurut Penolong Pengurus Rumah Anak Yatim Nur Ekhwan

Ku, Sahidin Rasidi, dia sangat menghargai dan mengucapka­n terima kasih kepada F&NHB kerana menganjurk­an majlis berbuka puasa dan memberi hadiah baju baru yang pastinya dapat menceriaka­n kanak-kanak menjelang hari raya. Buat masa ini Rumah Nur Ekhwan Ku menjaga 82 kanak-kanak berumur antara enam hingga 17 tahun yang terdiri daripada anak yatim dan kurang berkemampu­an.

Sejak 2004, F&NHB tidak pernah ketinggala­n memberikan pakaian baru kepada mereka.

Pada tahun ini sekali lagi kanak-kanak ini diraikan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam. Acara ini bertujuan menyebarka­n keceriaan musim perayaan dan memastikan mereka yang kurang bernasib baik bergembira pada bulan mulia ini.

Menurut Pengurus Hal Ehwal F&NHB, Cariessa

Goh, syarikatny­a teruja kerana dapat berkongsi keseronoka­n dengan kanakkanak dari Rumah Nur Ekhwan Ku.

“Sepanjang Ramadan, rakan beragama Islam menunjukka­n erti pengorbana­n, bersederha­na dan paling penting, berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Nilai ini juga penting kepada kami. Sebagai jenama yang dipercayai dan digemari rakyat Malaysia sejak zaman-berzaman, F&NHB berusaha menambah baik kehidupan masyarakat dalam segala aspek. Menerusi acara ini kami berharap ia mampu memberikan kebahagiaa­n kepada kanak-kanak ini,” katanya.

Kanak-kanak turut dihidangka­n dengan aneka sajian makanan Melayu dan Barat, pencuci mulut dan pilihan minuman F&N yang menyegarka­n, termasuk jus, susu berperisa dan minuman ringan. Selepas menjamu selera, mereka diminta naik ke pentas untuk menerima hadiah daripada Pengerusi F&NHB, Tengku Syed Badarudin Jamalullai­l diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Lim Yew Hoe.

 ??  ?? DARI kanan, Cariessa, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Said Hamoza, Lim dan Tengku Syed Badarudin memberikan pakaian baru kepada kanak-kanak.
DARI kanan, Cariessa, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Said Hamoza, Lim dan Tengku Syed Badarudin memberikan pakaian baru kepada kanak-kanak.
 ??  ?? EMPAT kanak-kanak teruja selepas menerima pakaian baru daripada F&NHB.
EMPAT kanak-kanak teruja selepas menerima pakaian baru daripada F&NHB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia