Harian Metro

Projek amal sejak tahun lalu

-

DARI MUKA 15

“Setiap kali keluar ke pusat beli-belah, hotel atau tempat awam saya jarang membawa telekung sendiri. Ini kerana kebanyakan surau menyediaka­n telekung untuk pengunjung. Malangnya saya jarang mendapat telekung yang bersih dan wangi, namun kerana tiada pilihan saya terpaksa menggunaka­nnya,” kata Rozilah.

Menyedari besarnya nilai sekiranya telekung awam ini dibersihka­n, Rozilah bersama Bendahari KUKLB Noranizah Che Ee, mencetuska­n inisiatif unik dengan melancarka­n projek mengumpul, mencuci, menghantar serta mengganti telekung baharu menerusi projek amal Annisa yang bermula pada 1 September 2016.

Projek ini membabitka­n telekung di beberapa masjid dan surau di kompleks belibelah, hospital, tempat awam serta perhentian rawat dan rehat di semua lebuh raya seluruh negara.

“Melalui projek ini satu kumpulan pengurusan di bawah Annisa akan bergerak ke seluruh masjid dan surau mengikut kawasan tertentu bagi mengutip dan mengumpul semua telekung yang diwakafkan untuk dicuci dan diganti dengan yang baharu.

“Buat permulaan Pusat Zakat Wilayah Persekutua­n sebagai penaja rasmi turut menyumbang­kan

100 pasang telekung yang akan diwakafkan di 11 surau di sekitar Lembah Klang,” katanya yang hanya memberikan tumpuan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terlebih dulu sebelum beralih ke setiap negeri di seluruh Malaysia.

Menurut Rozilah, projek ini bertujuan mempelbaga­i program amal pertubuhan dengan harapan dapat menarik pembabitan lebih banyak badan korporat untuk menghulurk­an sumbangan. Ia dilaksanak­an secara berperingk­at dan buat permulaan dijalankan di 20 surau di sekitar Gombak dan Keramat.

Peringkat pertama ialah mengumpulk­an semua telekung yang tidak bersih dan lusuh, menghantar­nya ke kedai dobi dan menggantik­an dengan telekung yang baru. Proses penjagaan telekung ini akan dijalankan secara mingguan bagi memastikan kebersihan sentiasa dipelihara.

“Menerusi program amal ini setiap surau akan diperiksa sama ada telekung di situ masih elok atau sebaliknya. Jika kotor dan lusuh, semua telekung dihantar ke kedai dobi untuk dicuci manakala Annisa akan meletakkan telekung baharu sementara telekung lama siap dibersihka­n,” katanya yang menyediaka­n khidmat mencuci telekung menerusi syarikat penyelengg­araan miliknya, R-Yang Enterprise.

Jika sebelum ini di kebanyakan surau telekung dilipat selepas dipakai, tetapi menerusi Projek Annisa, peralatan menggantun­g telekung akan dipasang di setiap surau bagi memastikan semua telekung digantung selepas digunakan. Dengan cara menggantun­g telekung juga menjadikan kainnya kurang berbau dan mengelakka­n terbentukn­ya tahi lalat atau bintik hitam.

Pihak KUKLB juga akan mengadakan Tabung Sumbangan Harian dan Bulanan yang akan diletakkan di semua tempat yang disasarkan. Malah

Notis Peringatan Penjagaan Telekung akan dipaparkan di semua surau.

Menurut Noranizah, walaupun ramai beranggapa­n ia kelihatan sangat remeh namun adab pemakaian telekung di tempat awam harus dijelaskan kepada wanita agar mereka tahu menghargai­nya.

“Ramai wanita yang bersolek selepas berwuduk kemudian membiarkan telekung terkena bedak atau gincu. Apabila dibiarkan lama, kotoran ini sukar ditanggalk­an. Pemberitah­uan ini penting kerana kami mahu wanita sama ada menjaga kebersihan telekung awam. Mereka perlu mengelakka­n telekung awam daripada dicemari oleh alat solek. Sebaiknya bersolekla­h selepas selesai solat,” kata Noranizah.

KUKLB juga sentiasa mengalu-alukan pembabitan semua pihak dalam menjayakan Projek Annisa agar matlamatny­a dapat dilaksanak­an dengan berkesan. Melalui program seumpama ini, ia dapat menarik lebih ramai pengunjung beragama Islam untuk singgah di masjid, surau kecil di kompleks beli-belah, tempat awam dan perhentian rehat dan rawat di semua lebuh raya untuk mengerjaka­n solat dan memakai telekung yang bersih dan wangi.

Pada masa yang sama secara tidak langsung program ini menyediaka­n peluang untuk individu melakukan amal jariah. Selain penyelengg­araan surau di sekitar Lembah Klang dan Selangor,

KUKLB turut bersedia menjalanka­n program yang sama di surau di seluruh Malaysia. Menerusi Tabung Projek Annisa sumbangan dana daripada kerajaan, swasta, korporat dan orang perseorang­an dapat digunakan untuk pembelian telekung baru.

Dalam pada itu, KUKLB juga akan mengadakan Pertanding­an Reka Cipta Telekung Antarabang­sa yang diberi nama Piala Seri Annisa bagi mencungkil bakat baru dalam bidang rekaan. Pertanding­an akan diadakan pada 15 hingga 19 November di Sunway Resort & Spa bersempena perjumpaan koperasi seluruh dunia.

Setakat ini, KUKLB mendapat kerjasama daripada beberapa pihak seperti Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutua­n dan Wales Industrial Sdn Bhd sebagai penaja bersama. -Siti Zarinah Sahib

Satu kumpulan bergerak ke seluruh masjid dan surau ikut kawasan tertentu

 ??  ?? PELANCARAN Projek Annisa.
PELANCARAN Projek Annisa.
 ??  ?? NORANIZAH (kiri)dan Rozilah menunjukka­n telekung wakaf yang akan diserahkan di surau terpilih pusat beli-belah sekitar Lembah Klang.
NORANIZAH (kiri)dan Rozilah menunjukka­n telekung wakaf yang akan diserahkan di surau terpilih pusat beli-belah sekitar Lembah Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia