Harian Metro

ENAM WANITA HEBAT

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

#beaXsuperw­oman rai kejayaan mereka sebagai

motivasi kepada semua

Kejayaan seorang wanita biasanya dipengaruh­i oleh bakat, komited dan tidak pernah kenal erti putus asa. Ketiga-tiga sifat ini jika dianalisis turut dimiliki lelaki yang berjaya dalam pelbagai lapangan yang diceburi mereka.

Namun apa yang membezakan­nya, kejayaan kaum hawa ini tidak boleh diraikan hanya apabila mencapai kedudukan sama dengan lelaki sebaliknya mereka harus dijulang kerana kekuatan luar biasa, semangat dan sifat unik lantas menjadi inspirasi kepada insan lain.

Bagi pengasas syarikat pengurusan acara dan perhubunga­n awam

Xavier Mah Consultanc­y, dia memiliki alasan tersendiri mengapa ingin mengetenga­hkan projek anjurannya #beaXsuperw­oman - demi memperkasa jasa dan kejayaan enam wanita terpilih supaya cerita mereka menjadi motivasi kepada semua.

“Sempena ulang tahun keenam penubuhan

Xavier Mah Consultanc­y, saya terpanggil untuk mengadakan projek pertama dengan meraikan enam wanita hebat berasal dari pelbagai industri dan latar belakang,” katanya.

Namun alasan paling kuat pelaksanaa­n projek ini adalah pengalaman

Mah sendiri yang merasai keperitan dan kesusahan ibu membesarka­n mereka empat beradik selepas kematian ayahnya.

“Selepas ayah meninggal, ibu membesarka­n kami sendirian. Ibu bekerja keras untuk memenuhi keperluan kami empat beradik. Tiada apa yang dapat saya berikan sebagai membalas jasa ibu yang terlalu banyak.

“Kejayaan saya hari ini disebabkan pengorbana­n ibu yang tidak pernah jemu mendidik kami adik-beradik. Anugerah #beaXsuperw­oman dekat di hati saya kerana ia sebagai tanda penghormat­an kepada ibu saya, sekali gus penghargaa­n kepada enam penerima yang banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat, industri dan negara,”

 ??  ?? DARI kiri Ivy, Faridah, Mah, Chew, M Rajamani, Mary Shanti dan Siti Noor Radiah pada majlis penganuger­ahan #beaXsuperw­oman.
DARI kiri Ivy, Faridah, Mah, Chew, M Rajamani, Mary Shanti dan Siti Noor Radiah pada majlis penganuger­ahan #beaXsuperw­oman.
 ??  ?? KOLEKSI kasut XALF yang turut
dilancarka­n.
KOLEKSI kasut XALF yang turut dilancarka­n.
 ??  ?? MAH berkongsi kisah peribadi mengenai ibunya pada acara #beaXsuperw­oman.
MAH berkongsi kisah peribadi mengenai ibunya pada acara #beaXsuperw­oman.
 ??  ?? MARY Shanthi menandatan­gani poster #beaXsuperw­oman.
MARY Shanthi menandatan­gani poster #beaXsuperw­oman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia