Harian Metro

‘SAINTIS MUDA’ UJI KUALITI AIR

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

100 pelajar menyusuri Sungai Masai lihat sendiri kesan buruk pencemaran

Kanak-kanak belajar menerusi pemerhatia­n. Sikap yang baik akan memberikan faedah kepada mereka manakala perbuatan negatif jika tidak diterangka­n dengan jelas akan membuatkan kanakkanak beranggapa­n ia betul. Antara perkara yang perlu disemai sejak awal usia adalah tanggungja­wab menjaga alam sekitar terutama sungai yang menjadi punca air penduduk Malaysia.

Menyedari pentingnya memberikan kefahaman mengenai penjagaan kebersihan sungai secara praktikal kepada generasi muda, 100 pelajar dipilih menyertai program Rakan Saintis Sungai (RSS) anjuran Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM). Program pembelajar­an luar biasa ini diketuai Bahagian Kimia CCM dengan menjadikan air Sungai Masai, Johor sebagai bahan uji kaji mereka.

Dianjurkan dengan kerjasama Profesiona­l

Air Muda Syarikat Air

Johor (SAJ), program

RSS membawa pelajar menyusuri Sungai Masai dan melihat sendiri kesan buruk pencemaran. Berbekalka­n sampel air dari sungai itu, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Masai, Sekolah Kebangsaan Cendana, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3 membuat eksperimen untuk menguji kualiti air dan menentukan tahap pencemaran­nya.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan CCM Leonard Ariff Abdul Shatar, Sungai Masai yang pada suatu masa dahulu menjadi nadi kehidupan ratusan nelayan di Kampung

Pasir Gudang Baru, kini memasuki kategori kelas ketiga dan keempat apabila disifatkan mempunyai kualiti air yang teruk dan tercemar.

Ketika mengikuti program ini, pelajar membanding­kan sampel air dari Sungai Masai dengan air bersih dan ditunjukka­n langkah untuk merawat air tercemar menggunaka­n bahan kimia oleh jurulatih SAJ.

“Program ini adalah cara berkesan untuk lebih mendekatka­n pelajar dengan alam semula jadi. Paling penting, ia membantu mereka memahami pelbagai isu yang menjejaska­n alam sekitar dan peranan penting yang boleh dimainkan untuk memulihara sumber alam,” katanya.

Guru penasihat Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Masai Puteri Sakinah Jayati memuji usaha CCM menganjurk­an program pendidikan ini.

Ini kerana pelajar kurang kesedaran mengenai isu alam sekitar disebabkan tidak didedahkan dengan lebih awal.

“Pelajar mungkin pernah membaca mengenai isu alam sekitar dalam buku teks, tetapi pengalaman melihat sendiri lebih meninggalk­an kesan. Menerusi program RSS, mereka faham betapa pentingnya untuk melindungi sungai,” katanya.

Ini diakui Muhammad Haziq Mohd Azman, 11, yang gembira kerana dapat mengikuti program yang sangat bermakna ini. Sekarang baru dia tahu sungai sangat penting kepada manusia. Malah, ia juga adalah sumber air minuman dan perlu dijaga sebaiknya. Elakkan membuang sampah dalam sungai bagi memastikan air tidak tercemar.

Bagi Ketua Guru Penasihat Kelab Sains dan Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang Ling Yoke Ting dia percaya tiada istilah terlalu awal untuk mendidik pelajar menjaga alam sekitar. Menerusi program ini, mereka belajar menghargai saluran air dan sedar betapa bertuah kerana dapat menikmati air bersih.

“Pelajar ini adalah generasi masa depan.

Oleh itu, mereka turut memainkan peranan penting untuk memastikan alam sekitar bebas daripada pencemaran,” tambahnya.

Program RSS dianjurkan bersempena pelancaran program Sungaiku

Hartaku, satu inisiatif Pejabat Parlimen Pasir Gudang dengan kerjasama Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijua dan Air (KeTTHA), Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dan CCM.

Program RSS anjuran CCM membabitka­n sekolah di Perlis, Sabah, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Johor. Sejak dimulakan pada 2010, ia disertai lebih 1,500 pelajar dengan matlamat menambah bilangan sekolah peserta apabila program ini diperluask­an.

 ??  ?? ANTARA pelajar menyertai program
RSS anjuran CCM.
ANTARA pelajar menyertai program RSS anjuran CCM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia