Harian Metro

RAI ‘ORANG KUAT’ HOSPITAL

-

Senyuman manis dan layanan baik jururawat boleh meredakan keresahan serta tekanan yang dialami pesakit khususnya golongan yang terpaksa ‘menetap’ lama di hospital. Perkhidmat­an mesra juga secara tidak langsung menguatkan semangat pesakit untuk melawan penyakit yang dihidapiny­a.

Muntah, darah, najis dan nanah sudah menjadi asam garam bagi jururawat. Bukan saja tidak menunjukka­n reaksi atau riak muka jijik, malah jururawat wanita mahupun lelaki dengan sabar melayan kerenah pesakit yang sememangny­a menguji kekentalan jiwa dan profesiona­lisme mereka.

Jadi tidak keterlalua­n jika memberikan label

‘wira’ kepada jururawat dan petugas hospital yang banyak berkorban. Bagi warga kesihatan ini, hadiah paling berharga ialah apabila melihat pesakit kembali sembuh dan boleh menjalani kehidupan yang baik.

Untuk menghargai jasa jururawat, Hospital Pakar Damansara KPJ (KPJDSH) mengadakan majlis khas untuk mereka bersempena sambutan Hari Jururawat Antarabang­sa dengan acara makan malam di Mont Kiara Equestrian & Country Resort.

Meskipun Hari Jururawat Antarabang­sa sudah lama berlalu (yang disambut pada 12 Mei setiap tahun), namun penghargaa­n untuk ‘orang kuat’ hospital itu tiada hadnya. Apatah lagi kebanyakan jururawat di KPJDSH kebanyakan­nya setia bersama pusat perubatan berkenaan, malah ada yang sudah berkhidmat hampir 20 tahun lamanya.

Pada malam itu juga, mereka dihiburkan dengan persembaha­n beraneka warna. Acara kemuncak adalah penyampaia­n hadiah untuk pakaian tercantik dan Anugerah Nightingal­es Wanita dan Lelaki.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Fawziah Muhammad, jururawat adalah orang yang sangat memahami keperluan pesakit.

“Jururawat masih boleh tersenyum selepas berdepan pelbagai cabaran. Ia bukan perkara mudah dan saya percaya bukan semua orang boleh menjadi jururawat yang sentiasa sabar memberikan khidmat mereka,” katanya.

Jururawat di pusat perubatan berkenaan terkenal dengan sikap dedikasi terhadap kerjaya dan tidak hairan jika mereka mampu memberikan perkhidmat­an terbaik kepada pesakit. Kekuatan ini bertambah dengan adanya sokongan daripada perunding perubatan, jururawat kanan, pakar kesihatan bersekutu dan instruktor klinikal terlatih.

Bagi jururawat sejati, mereka tidak mengharapk­an pujian tinggi melangit atau majlis permaidani merah kerana hadiah yang paling besar dan manis adalah apabila mendapat ucapan terima kasih dan melihat pesakit kembali sembuh.

 ??  ?? ANTARA barisan jururawat yang menjadi tulang belakang KPJDSH.
ANTARA barisan jururawat yang menjadi tulang belakang KPJDSH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia