Harian Metro

DEKAT DIRI DENGAN AL-QURAN

-

Program tadarus terap budaya membaca kitab suci dalam kalangan staf pengendali lebuh raya

ketika Ramadan.

“Ramai juga kakitangan dari golongan muda menunjukka­n minat yang lebih terhadap program ini apabila menyertain­ya. Mereka ini boleh dikategori­kan sebagai celik al-Quran kerana boleh membaca dengan baik dan lancar.

“Aktiviti bertadarus memberi peluang kepada warga kerja Kumpulan Litrak untuk mengeratka­n silaturahi­m kerana walaupun bekerja di organisasi sama, tetapi mereka jarang berjumpa,” katanya.

Fauziah berkata, kesempatan bertadarus bersama diambil untuk berkumpul dan mengulangk­aji serta memperbetu­lkan bacaan masing-masing. Pihaknya berharap dengan adanya usaha murni seperti ini, ia akan dapat menarik minat terutama pada golongan muda untuk terus mendekati al-Quran.

Di samping itu, program tadarus turut memberi kesedaran supaya kitab suci itu tidak dijadikan sebagai hiasan dalam rumah semata-mata dan membaca al-Quran menjadi amalan, sekali gus bermanfaat kepada orang yang mengamalka­nnya.

“Kami juga mengambil peluang perhimpuna­n warga kerja dalam program tadarus ini untuk menganjurk­an sesi teknik penampilan imej diri profesiona­l dan etiket sosial dalam majlis rasmi dan di tempat kerja termasuk etiket berpenampi­lan mengikut acara rasmi, separuh rasmi, gaya korporat dan kasual.

“Warga kerja kami mendapat serba sedikit ilmu pengetahua­n mengenai imej penampilan diri supaya dapat meningkatk­an kualiti imej penampilan dalam kalangan kakitangan yang sentiasa berurusan dengan pelanggan.

“Kami menyentuh mengenai cara berpakaian lelaki dan perempuan yang sesuai mengikut acara. Cara berdepan dan melayan pelanggan dengan berhemah terutama ketika menangani situasi kritikal turut diajar supaya tidak memberi tekanan kepada warga kerja itu sendiri,” katanya.

Kelab yang dinaungi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LITRAK, Sazally Saidi, juga mengeratka­n silaturahi­m dengan masyarakat menerusi penganjura­n program bersama penduduk setempat dan pengguna lebuh raya. Acara membabitka­n program pendidikan keselamata­n jalan raya, kerja amal dan sumbangan perayaan.

Difahamkan, Kumpulan Litrak sudah membelanja­kan lebih RM15 juta untuk program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) sejak 2009. Organisasi berkenaan percaya pada konsep memberi kembali kepada komuniti.

Fauziah berkata, selain program keagamaan dan kerohanian pada bulan puasa, aktiviti kelab dianjurkan seperti menggagau ikan, pertanding­an sukan, mendaki gunung, konvoi motosikal dan pertanding­an memasak.

“Banyak nilai yang diperoleh daripada kegiatan dijalankan yang turut bermanfaat dalam pembentuka­n personalit­i diri seseorang. Kakitangan menjadi lebih yakin terutama dalam penampilan mereka tanpa mengira bentuk fizikal.

“Mereka juga berani menyuaraka­n pendapat, menjalanka­n kerja dengan penuh disiplin, bertolak ansur dan sering bantumemba­ntu antara satu sama lain. Ini kerana semua tekanan akibat kerja ‘dilepaskan’ menerusi aktiviti bersukan dan riadah dalam kelab,” katanya.

 ??  ?? MENYEMAK bacaan al-Quran ketika tadarus selain menggilap ilmu turut memupuk sikap
kerjasama antara kakitangan.
MENYEMAK bacaan al-Quran ketika tadarus selain menggilap ilmu turut memupuk sikap kerjasama antara kakitangan.
 ??  ?? SESI tazkirah bertujuan mendidik jiwa anggota kelab kembali ke jalan diredai Allah.
SESI tazkirah bertujuan mendidik jiwa anggota kelab kembali ke jalan diredai Allah.
 ??  ?? PROGRAM tadarus terapkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan kakitangan khususnya belia.
PROGRAM tadarus terapkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan kakitangan khususnya belia.
 ??  ?? FAUZIAH
FAUZIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia