Harian Metro

SABUN BUATAN TANGAN SENDIRI

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Satu dapur dan periuk kecil tersedia di atas meja. Di sisinya, disediakan beberapa bekas kecil berisi minyak zaitun, minyak kelapa dara, vitamin C dan serbuk kolagen yang menjadi bahan utama dalam penghasila­n sabun wajah.

Sesi dimulakan dengan penerangan daripada Aslinda Ali Akhtar yang berpengala­man menjadi tenaga pengajar dalam penghasila­n sabun wajah buatan tangan. Kelas dimulakan dengan cara membuat sabun menggunaka­n gliserin yang dipotong halus.

“Gliserin adalah bahan utama dalam pembuatan sabun. Tanpa bahan ini pembentuka­n sabun tidak berlaku. Proses pencairan mengambil masa 30 minit sebelum minyak zaitun, kelapa dara, vitamin C dan kolagen dicampurka­n ke dalamnya. Namun ia terpulang kepada individu jenis dan kegunaan sabun yang hendak dihasilkan peserta.

“Ada yang ingin menghasilk­an sabun untuk jerawat, jeragat dan resdung. Untuk resdung bahan herba seperti kulit kayu manis dan cengkih dicampurka­n dalam ramuan bagi menyekat kehadiran kuman resdung pada kulit,” katanya.

Paling penting semua bahan digunakan mendapat sijil halal Jakim dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia serta tidak menggunaka­n bahan kimia. Menurut Aslinda, dia teruja berkongsi ilmu mengenai pembuatan sabun wajah buatan tangan di rumah memandangk­an ingin membantu wanita terutama mereka yang mempunyai perniagaan supaya dapat menghasilk­an produk sendiri.

Ketika berada di Korea Selatan selama sebulan, Aslinda turut mengikuti kelas membuat barang kosmetik menggunaka­n bahan organik. Sebelum ini dia banyak dimomokkan mengenai pembedahan plastik yang dilakukan kebanyakan wanita di sana.

“Tetapi selepas melihat sendiri perkembang­an industri kecantikan dengan kehadiran produk kecantikan berasaskan bahan semula jadi, saya percaya bukan semua wanita Korea cantik disebabkan membuat pembedahan muka. Sebaliknya mereka rajin membelai wajah menggunaka­n produk sesuai kulit dan tiada bahan kimia,” katanya.

Sejak itu Aslinda terus meningkatk­an kemahiran dengan berkunjung ke Indonesia dan Thailand bagi mengetahui teknik terkini, keistimewa­annya dan perbezaan di setiap negara. Teknologi yang diperoleh ini disampaika­n kepada orang lain supaya dapat dimanfaatk­annya.

Dengan kepakaran yang dimilikiny­a ini, Aslinda bukan saja mempelajar­i formulasi dalam pembuatan sabun, tetapi krim malam dan siang juga serum.

“Kelas yang saya anjurkan bermula dalam kumpulan kecil seramai lima orang kemudian ia meningkat sehingga setakat ini hampir 300 pelajar menyertain­ya. Ada juga yang sekadar inginkan ilmu untuk menjalanka­n perniagaan ada juga masih di awang-awangan produk yang akan dihasilkan.

“Untuk itu saya bukan setakat mendedahka­n mengenai formulasi, tetapi juga memberikan idea produk namun dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit. Saya sedar untuk mengeluark­an produk memerlukan modal besar namun sekiranya mempelajar­i sendiri, mereka dapat menghasilk­an dalam jumlah yang kecil serta berdasarka­n masalah kulit sendiri,” katanya.

Bermula dengan produk jamu berasaskan manjakani, menurut Aslinda ketika zaman remaja dia sering melihat nenek saudara berusia 120 tahun namun gigih menghasilk­an jamu sendiri di rumah.

“Setiap kali berkunjung ke rumah nenek saya gemarkan bauannya yang segar dan sering melihat nenek membuat jamu sendiri. Suatu hari nenek memanggil saya dan menyatakan keinginan untuk menurunkan rahsia pembuatan jamu kepada saya.

“Dia membawa saya berkunjung ke kedai India bagi memilih herba untuk membuat jamu kemudian menunjukka­n cara pembuatann­ya. Buat permulaan saya tidak menjual sebaliknya memberikan kepada kenalan dan keluarga untuk dicuba. Dalam masa dua minggu saya mendapat panggilan daripada pelanggan yang ingin mendapatka­n jamu manjakani selepas bersalin,” katanya.

Bagi Yusilham Sufi Nik Hassan, 29, hampir dua tahun dia menjadi ejen produk penjagaan wajah orang lain. Selepas yakin mampu melakukan pemasaran sendiri dia menyertai kelas membuat sabun buatan tangan anjuran Aslinda pada tahun lalu.

“Selepas habis kelas saya menghasilk­an sejenis sabun dulu dan memberikan kepada rakan serta ahli keluarga untuk dicuba. Selepas mereka memberikan maklum balas positif baru saya berani memasarkan­nya kepada rakan lain.

“Kini saya menghasilk­an lima jenis sabun untuk lima masalah kulit berbeza. Menariknya saya tidak perlu menghasilk­an dalam kuantiti yang banyak, tetapi sejumlah kecil saja. Modalnya juga sangat rendah. Sesuai bagi mereka yang ingin berniaga secara kecil-kecilan,” katanya yang bercadang menghasilk­an sabun untuk bayi pula selepas ini.

Bagi Mohd Farihan Samsudin, 38, dia menyertai kelas membuat sabun bersama isteri selepas tertarik dengan ilmu yang diberikan. Selepas mendapat formula dan teknik menghasilk­an sabun, Farihan dan isteri mula menghasilk­an sabun untuk mencerahka­n wajah menggunaka­n serbuk mutiara dan pati delima.

“Buat permulaan saya hanya menghasilk­an 50 sabun yang kemudianny­a diberikan kepada ahli keluarga untuk dicuba. Isteri saya turut menggunaka­nnya dan mengakui tiada kesan sampingan,” katanya yang bercadang menghasilk­an sabun merawat resdung berasaskan herba.

Bagi Dzulkifli Abdul,

51, minat dalam bidang perniagaan menyebabka­n dia tertarik mengeluark­an produk sendiri bagi merawat masalah rambut beruban. Buat permulaan dia mendapatka­n maklumat di Internet kemudian mencari petua mengatasi masalah rambut beruban.

“Daripada situ saya mendapati tumbuhan semula jadi seperti pandan, minyak kelapa dara dan mengkudu adalah bahan terbaik merawat masalah rambut terutama rambut gugur dan uban. Lebih membuatkan saya ingin membantu mereka yang mempunyai masalah ini. Selain faktor usia, tekanan juga boleh membuatkan rambut cepat beruban,” katanya.

Menyertai kelas Aslinda kerana ingin mendapatka­n ilmu secara praktikal, bagi Dzulkifli ilmu yang diberikan ini sangat bernilai kerana ia bukan dikhususka­n kepada produk sabun saja sebaliknya untuk krim dan serum.

Hasil produk wajah guna bahan diiktiraf halal di rumah

 ??  ?? TENAGA pengajar kursus membuat sabun
buatan tangan.
ASLINDA (kiri) menunjukka­n cara membuat sabun kepada pelajar.
TENAGA pengajar kursus membuat sabun buatan tangan. ASLINDA (kiri) menunjukka­n cara membuat sabun kepada pelajar.
 ??  ?? GLISERIN cair dimasukkan dalam acuan untuk dibekukan.
GLISERIN cair dimasukkan dalam acuan untuk dibekukan.
 ??  ?? YUSILHAM Sufi
YUSILHAM Sufi
 ??  ?? DZULKIFLI
DZULKIFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia