Harian Metro

Wanita cedera ditetak abang

-

Seorang wanita cedera di kepala akibat ditetak abangnya dalam kejadian di Kampung Batu Tiga di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, kejadian jam 3 petang itu berlaku akibat salah faham sebelum suspek yang berusia 28 tahun menyerang mangsa menggunaka­n parang.

Mangsa yang berusia 20-an itu luka sepanjang satu sentimeter di kepalanya, namun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Lawas.

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superinten­dan Abang Zainal Abang Ahmad berkata, kejadian disedari ahli keluarga apabila mangsa meraung selepas ditetak suspek.

Menurutnya, mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatka­n rawatan manakala bapa mangsa berusia 56 tahun membuat laporan di Balai Polis Lawas untuk tindakan lanjut.

“Polis ke lokasi sejurus menerima laporan dan menahan suspek di rumah terbabit.

“Polis turut menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Tindakan seorang samseng jalanan dipercayai membaling botol kaca ke arah van yang dipandu seorang wanita di Jalan Lintas Labuk, dekat sini, Ahad lalu menyebabka­n dua kanak-kanak perempuan di dalam van itu ketakutan.

Dalam kejadian jam 3 petang, kenderaan yang dipandu mangsa berusia 53 tahun itu dalam perjalanan ke terminal bas, dekat Batu 3 Setengah, Bandar Letat, di sini.

Akibat kejadian itu, cermin belakang pecah selepas dibaling dengan botol kaca.

Anak lelaki mangsa dikenali sebagai Mohd Suhaimi, 21, berkata, ketika kejadian ibunya memandu di jalan dua hala menuju ke Bulatan Buaya, berdekatan sebuah stesen minyak.

Kejadian itu berlaku dengan pantas menyebabka­n ibu dan dua anak saudaranya gagal mengecam dengan tepat nombor pendaftara­n kenderaan berkenaan.

 ??  ?? SUSPEK yang juga abang mangsa ditahan.
SUSPEK yang juga abang mangsa ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia