Harian Metro

‘Semangat masih berkobar-kobar’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Ayu akui rasa terpinggir apabila jarang ditawarkan untuk program radio atau TV

Pasang surut populariti adalah senario biasa dalam dunia seni dan mereka yang melaluinya perlu menerima dengan hati terbuka.

Tidak terkecuali menerima tempiasnya ialah penyanyi kelahiran program realiti nyanyian One In a Million (OIAM) musim kedua, Ayu Damit.

Pernah berada di puncak kegemilang­an dan popular menerusi lagu Hanya Di Mercu, Ayu akur populariti­nya kini tidak segah dahulu.

Ayu bagaimanap­un menolak tanggapan segelintir pihak dia sudah bersara daripada bidang nyanyian.

“Saya masih minat menyanyi dan semangat untuk berkarya masih berkobar-kobar seperti dulu biarpun terpaksa bersaing dengan ramai penyanyi baru.

“Nak kata saya ‘hilang’ itu tak betul kerana undangan menyanyi tetap ada meskipun tak banyak berbanding dulu. Bagi saya ini perkara biasa,” katanya.

Masih meletakkan nyanyian sebagai keutamaan, Ayu bagaimanap­un bersyukur kerana didatangi rezeki dalam bentuk lain.

Sejak setahun lalu, dia dilantik sebagai duta sebuah syarikat perniagaan pakaian dan gembira dengan peluang yang diberikan itu.

“Saya juga bekerja dengan mereka dan majikan tak halang meneruskan karier nyanyian. Kini saya sedang menyiapkan lagu Pelengkap Hati dan Cinta Terakhir yang akan dimuatkan dalam album mini bergenre balada.

“Saya pernah hasilkan single Beauty Till Jannah yang sepatutnya dilancarka­n tahun lalu tapi disimpan untuk album ini,” katanya.

Ayu turut menghasilk­an single raya berjudul Ukhwah Lebaran tetapi agak terlambat untuk mempromosi­kannya di radio dan TV.

Album itu terpilih menjadi runut bunyi sebuah filem yang bakal ditayangka­n hujung tahun ini dan keseluruha­n lagunya mempunyai kaitan dengan jalan cerita karya terbabit.

Dalam pada itu, ibu kepada Syed Nasrul Haikal, 8, Sharifal Alya Aryana, 5 dan Syed Aqif Najmi, 3, ini turut membantu suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin menguruska­n Enigma Agro Farm yang menguruska­n pertanian berasaskan fertigasi sejak tahun lalu.

“Kami sekarang mengusahak­an tanaman cili dalam bentuk ini di

Hulu Langat. Saya ada banyak komitmen lain tetapi nyanyian masih jadi keutamaan.

“Saya akui sebenarnya rindu untuk bersama kawan seperti dulu. Inilah antara faktor mengapa saya menghasilk­an lagu dan album baru,” katanya.

Ayu mengakui berasa terpinggir apabila jarang ditawarkan terbabit dalam program anjuran stesen radio dan TV. Oleh itu, dia nekad menyiapkan album terbaru secepat mungkin.

Menyentuh kehidupann­ya sebagai isteri dan ibu, Ayu berkata dia lebih mengutamak­an keperluan keluarga berbanding perkara lain dan seronok dengan hari-hari yang dilaluinya.

 ??  ??
 ??  ?? Kini saya sedang menyiapkan lagu Pelengkap Hati dan Cinta Terakhir yang akan dimuatkan dalam album mini bergenre balada
Kini saya sedang menyiapkan lagu Pelengkap Hati dan Cinta Terakhir yang akan dimuatkan dalam album mini bergenre balada
 ??  ?? AYU ketika mengadakan persembaha­n bersama Isma AF (kiri) dan Rohana Jalil pada satu rumah terbuka di Putrajaya.
AYU ketika mengadakan persembaha­n bersama Isma AF (kiri) dan Rohana Jalil pada satu rumah terbuka di Putrajaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia