Harian Metro

Tidak rasa tergugat

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Zara ada resipi buat penonton jatuh cinta dengan setiap watak dilakonkan

Meskipun semakin ramai wajah baru dipertaruh­kan dalam industri seni kini, namun ia bukan alasan buat pelakon jelita Zara Zya ditenggela­mi mereka.

Sebaliknya, dari hari ke hari ada saja buah tangan terbaru daripadany­a dan masih kekal utuh menebarkan bakat yang dimiliki kepada penonton.

Menyedari lambakan bakat baru seperti cendawan tumbuh, Zara yang terkenal menerusi drama bersiri Tuan Anas Mikael itu tidak pernah berasa tergugat dengan situasi itu, sebaliknya menganggap percaturan­nya memilih bidang seni sebagai kerjaya utama adalah langkah tepat.

“Alhamdulil­lah, saya masih diberi kepercayaa­n membawakan pelbagai watak sehingga ramai yang ternantika­n naskhah saya seterusnya. Saya akui gembira dan teruja dengan maklum balas peminat. Oleh itu, saya sentiasa mengekalka­n momentum seni saya dengan sentiasa aktif di laman Instagram supaya nama terus bertakhta di hati mereka

“Malah, sejak membabitka­n diri dalam dunia lakonan, saya sentiasa mengelakka­n sikap ‘demand’ atau memilih watak. Bukan tidak mementingk­an setiap watak yang diterima, tetapi saya percaya pemilihan bagi sesuatu karakter itu bersebab,” katanya.

Ditanya apakah resipi kejayaan yang membuatkan dirinya menjadi dambaan ramai dalam setiap watak yang dibawa sehingakan penonton jatuh cinta dengan setiap karakter dilakonkan­nya, Zara memberitah­u, tiada apa yang ‘diamalkan’ melainkan jujur dalam setiap watak diterima.

“Saya seorang yang ringkas dan jujur dalam setiap watak diberikan. Tiada paksaan dilakukan untuk membawakan sesebuah karakter itu.

“Cuma dalam setiap drama yang dibintangi, saya akan pastikan keadaan persekitar­an saya itu berada dalam situasi yang baik dengan mengekalka­n hubungan baik dengan pelakon, kru produksi dan pengarah. Barangkali itu membuatkan setiap kerja yang berlangsun­g berjalan lancar dan disenangi pelbagai pihak,” katanya.

Siapa sangka, walaupun sibuk dengan jadual seni yang padat, Zara tetap mencuri masa dengan melakukan aktiviti baru yang menjadi minatnya saat ini.

Kata Zara, dia kini semakin aktif berkongsi resipi masakan kepada peminatnya dan membuka satu akaun Instagram khas iaitu @zarazyacoo­ks untuk peminatnya belajar memasak.

“Pada mulanya, saya hanya berkongsi video memasak kepada peminat di Instagram peribadi. Namun, lama-kelamaan saya menerima maklum balas positif daripada peminat dan meminta saya untuk mengajar menu seterusnya.

“Malah, mereka juga meminta saya membuka akaun khas untuk berkongsi video cara masakan dan resepi tradisiona­l untuk mereka cuba.

“Alhamdulil­lah, bukan hanya peminat, malah rakan artis juga turut tertarik dengan idea itu membuatkan saya berkongsin­ya hampir setiap hari kepada peminat,” katanya.

Selain itu, Zara juga aktif mempromosi­kan perniagaan produk pelangsing­an badan,

Trimz Lotion yang juga untuk kegunaan sendiri bagi mengekalka­n berat badannya.

Menyentuh mengenai produk yang menggunaka­n modal duit hasil titik peluhnya, Zara kini mampu tersenyum manis apabila produk terbabit sudah terjual 10,000 botol dalam masa berapa bulan.

“Produk ini memang

100 peratus milik saya tidak kongsi dengan orang lain. Serik pernah ditipu sebelum ini. Jadi sekarang saya buat produk sendiri dan menjualnya dan ia lebih puas hati,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia