Harian Metro

MASSA LAHIRKAN GENERASI MUDA SEIMBANG

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my

Sibuk dengan pengajian dan kerja lapangan tidak menjadi halangan bagi penuntut Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam aktif dengan aktiviti luar kuliah.

Penuntut FKPM sering membabitka­n diri dalam aktiviti berunsur kemahiran insaniah dan menguji fizikal dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Masscomm Student Associatio­n (MASSA).

Persatuan ditubuhkan di bawah fakulti itu dikelolaka­n sekumpulan penuntut yang dipilih melalui suara undian.

Tiga acara utama MASSA pada setiap semester adalah Kem Insaniah, Majlis Anugerah Dekan dan Suspended Meal.

Menurut Presiden MASSA

Muhammad Ali Khazurin, ketigatiga acara utama itu akan dianjurkan setiap tahun supaya menyatupad­ukan penuntut selain menjaga kebajikan penuntut kurang bernasib baik.

“Kem Insaniah diadakan setiap semester dan bertujuan merapatkan hubungan ahli jawatankua­sa MASSA bersama ahli dan pada masa sama mengembang­kan kemahiran insaniah kami.

“Manakala majlis utama yang menjadi fokus MASSA setiap semester pula adalah Majlis Anugerah Dekan kerana ia bukan saja menghargai usaha dan kesungguha­n penuntut dalam bidang akademik tapi menjadi dorongan kepada pelajar lain untuk bersaing secara sihat,” katanya.

Katanya, Suspended Meal mula diperkenal­kan sejak tahun lalu dan ia banyak membantu penuntut terutama yang kurang berkemampu­an.

“Kami mengambil berat kebajikan ahli dan cuba membantu dari segala segi. Dari situ kami mendapat inspirasi untuk memberi makanan percuma kepada pelajar yang tidak berkemampu­an dari segi kewangan.

“Sebagai penuntut, makanan adalah penting agar aktiviti harian dapat berjalan dengan lancar selain dapat fokus dalam kuliah. Secara jujurnya, kami terkilan apabila mendapati terdapat segelintir penuntut yang sanggup ikat perut kerana kekurangan wang.

“Makanan yang dibekalkan pada Suspended Meal adalah hasil sumbangan pensyarah, alumni dan melalui jualan amal yang kami jalankan sendiri,” katanya.

Suspended Meal turut diperluask­an sehingga ke luar kampus dengan mengagihka­n makanan kepada gelandanga­n sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, persatuan dibimbing pensyarah Hariyati Ariffin selaku penasihat juga aktif mengunjung­i rumah orang tua dan anak yatim.

“Selain mengambil berat mengenai ahli, kami juga prihatin dengan masyarakat setempat dan kerap berkunjung ke rumah orang tua serta anak yatim.

“Melalui aktiviti seumpama ini, penuntut lebih bersyukur dengan kehidupan mereka selain dapat membuka mata untuk membantu orang di sekeliling mereka,” katanya

 ??  ?? PELBAGAI aktiviti dijalankan bagi membolehka­n penuntut aktif dengan aktiviti lu
PELBAGAI aktiviti dijalankan bagi membolehka­n penuntut aktif dengan aktiviti lu
 ??  ?? DANA Suspended Meal diperoleh melalui sumbangan pensyarah, alumni dan jualan amal.
DANA Suspended Meal diperoleh melalui sumbangan pensyarah, alumni dan jualan amal.
 ??  ?? AHLI Jawatankua­sa MASSA peng bertudung perang).
AHLI Jawatankua­sa MASSA peng bertudung perang).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia