Harian Metro

Apabila iman ‘digegar’ tarian gelek

-

Menurut Wikipedia, ensikloped­ia dalam talian yang popular dalam kalangan pengguna Internet, tarian gelek suatu jenis tarian Arab yang dikatakan berasal dari Timur Tengah.

Dalam bahasa Arab, ia dikenali sebagai Raqs Sharqi atau disebut juga Raqs Baladi yang membawa maksud tarian kebangsaan atau tarian rakyat.

Tarian ini popular dan diperakui di Eropah dengan gelaran tarian oriental pada 1899. Asal usul dan bentuk persembaha­n tarian ini banyak diperdebat­kan, namun yang pasti, ia menjadi tarian popular untuk dipersemba­hkan di mana-mana.

Ada banyak sebab untuk ia popular, antaranya pakaian rasmi penari gelek yang ‘fancy’ dan menggoda, aksesori yang digayakan serta gerak tari mempunyai pergerakan seksual.

Begitupun, tiada larangan jelas untuk negara kita menyekat kemasukan pengaruh tarian ini sekali gus, menjadikan ia tarian yang masih boleh dipersemba­hkan dalam apa juga majlis mengikut kesesuaian tema.

Tetapi sebagai negara rumpun Melayu dan berpegang kepada budaya ketimuran, tarian gelek bukanlah tarian yang ‘manis’ untuk dipertonto­nkan secara terbuka, terutama dalam majlis dihadiri rakyat pelbagai peringkat usia.

Ia juga bukan tarian yang termasuk dalam mana-mana skop hiburan halal mengikut Islam. Malangnya, lain yang berlaku di Kelantan apabila tarian gelek ini menjadi elemen terbaru dalam persembaha­n dikir.

Kejadian berlaku di Kampung Padang Tembusu, Tumpat pada 7 Julai lalu selepas sebuah keluarga yang mengadakan majlis menyambut menantu, menjemput sekumpulan pendikir untuk membuat persembaha­n.

Majlis itu diadakan tanpa mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak juga dimaklumka­n mengenai tarian gelek yang penarinya tiga wanita berpakaian ketat serta memakai lilitan berloceng di pinggang menyerupai kostum penari gelek asal.

Lagu dimainkan pula daripada irama dikir dangdut loghat Kelantan yang mewajibkan adanya aksi gelek. Bak kata seorang daripada penyanyi itu, “lagu sudah begitu, takkan penyanyi hendak menyanyi tegak saja. Sudah tentu kena menari.”

Jawapannya logik akal. Satu-satunya lagu yang perlu dinyanyika­n tanpa gerakan dan penyanyiny­a perlu berdiri tegak adalah lagu Negaraku atau lagu kebangsaan negeri.

Jadi sudah tentu lagu dikir begitu perlu ada pergerakan, apatah lagi selepas didangdutk­an. Namun, dalam konteks Kelantan sebagai negeri yang mendokong konsep Membangun Bersama Islam, bentuk persembaha­n begitu tidak boleh diterima pak aji, mak aji, ustaz dan ustazah.

Memetik kenyataan Pengerusi Jawatankua­sa Kebudayaan, Pelanconga­n dan Warisan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, sebarang bentuk persembaha­n perlu mematuhi garis panduan hiburan yang sudah ditetapkan negeri itu sejak lebih 20 tahun lalu.

“Penganjur sama ada individu, pihak swasta atau kerajaan tidak boleh mengadakan persembaha­n hiburan dengan cara mencampurk­an antara lelaki dengan wanita.

“Kalau nak buat hiburan perlu lelaki saja atau golongan wanita saja. Tidak boleh campur terutama persembaha­n yang ada tarian apatah lagi gelek yang sepatutnya tidak berlaku dalam mana-mana majlis bercampur tetamunya.

“Jika nak menghidupk­an majlis sekalipun, bukan begini (dikir dan tarian gelek), sebaliknya perlu ikut garis panduan yang ditetapkan,” katanya yang nyata kesal apabila dikir barat sudah dirosakkan sebegitu sekali.

Undang-undang diciptakan pentadbir untuk mendisipli­nkan rakyat supaya patuh, tetapi lebih ramai orang memilih untuk melanggarn­ya daripada tunduk mengikut.

Cabaran pula buat bahagian penguatkua­saan untuk pastikan rakyat mematuhi undang-undang.

Buruknya timbul apabila tersebar rakaman video gelekan penyanyi wanita di majlis itu di laman sosial hingga menjadi bualan satu Malaysia.

Ia terus dikaitkan dengan pendirian Kelantan sebagai kerajaan yang berpegang kuat kepada ajaran Islam, namun rakyatnya tidak seperti digambarka­n.

Maka, jadilah seperti peribahasa ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelangga’. Habis semua lebih 1.3 juta rakyat Kelantan dikatakan rosak gara-gara segelintir golongan yang menggemari hiburan begitu.

Bagi saya sendiri, pentadbir sudah menjalanka­n tanggunggj­awab mereka, penguat kuasa juga bertindak memantau dan mengawal, tetapi atas rakyat itu sendiri jika mahukan sesuatu yang ‘haram’ mengatasi apa yang ‘halal’.

Sebagai manusia berakal, ‘kita kena tepuk dada, tanya iman’. Jangan tanya selera kerana bimbang nafsu yang akan tolong jawab bagi pihak kita.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia