Harian Metro

ADI PUTRA GERTAK JURUFOTO

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

Pelakon popular, Adi Putra didakwa menggertak jurugambar sambilan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Adzlan Sidek supaya memadam gambarnya yang dirakam ketika menghadiri pertuduhan membabitka­n bekas isteri di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 36, dikatakan meluru ke arah Adzlan sambil mengugut supaya memadamkan semua fotonya.

Bukan itu saja, Adi turut cuba merampas kamera milik Adzlan sebelum cuba memadam kandungan gambar namun dihalang seorang wartawan yang berada di lokasi.

Sementara itu. pada pertuduhan, bekas isteri kedua Adie, Norshahida Zolkifly, 34, mengaku tidak bersalah berikutan melanggar syarat sebagai orang dalam pengawasan polis pada 6 Julai lalu.

Norshahida yang juga bekas anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membuat pengakuan di depan Majistret Nurulfitri­za Abd Latif sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Norshahida didakwa melanggar syarat pengawasan polis sebaik meninggalk­an pekan Nilai tanpa kebenaran jam 3 petang, untuk berkunjung ke hotel di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperuntu­kkan penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Mendengar pengakuan tidak bersalah, Nurulfitri­za menetapkan 14 Ogos ini sebagai sebutan semula kes dan mahkamah menawarkan jaminan RM5,000 dan memerintah­kan tertuduh mematuhi perintah pengawasan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng manakala tertuduh diwakili M Haresh serta Ramzani Idris.

Pelakon marah gambar dirakam

ketika hadir ke mahkamah babitkan pertuduhan bekas isteri

 ??  ?? NORSHAHIDA hadir ke mahkamah selepas didakwa melanggar syarat pengawasan polis. ADI Putra muncul di Mahkamah Majistret Seremban, semalam.
NORSHAHIDA hadir ke mahkamah selepas didakwa melanggar syarat pengawasan polis. ADI Putra muncul di Mahkamah Majistret Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia