Harian Metro

Sektor pembinaan catat kematian pekerja tertinggi

-

Bangi: Berdasarka­n statistik dikeluarka­n Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), sektor pembinaan mencatatka­n angka kematian pekerja tertinggi sepanjang 10 tahun lalu dengan mengorbank­an 751 nyawa di tempat kerja.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, bagi tahun lalu saja, rekod dikeluarka­n Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) menunjukka­n 35,304 kemalangan berlaku di tempat kerja.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sektor pembinaan menjadi penyumbang ketiga tertinggi dengan jumlah 2,880 kes kemalangan dengan 55 daripadany­a membabitka­n kematian.

“Bagaimanap­un, terdapat jurang perbezaan yang besar antara statistik kemalangan di tempat kerja tapak pembinaan yang dikeluarka­n DOSH dan PERKESO dengan kemungkina­n besar ada kes kemalangan yang tidak dilaporkan.

“Berdasarka­n kajian sekumpulan penyelidik daripada Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia, perbezaan kemalangan dilaporkan dua agensi berkenaan adalah 97.49 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Temubual Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) Inisiatif Keselamata­n, Kesihatan dan Persekitar­an (SHE):Meningkatk­an Standard SHE Dalam Industri Pembinaan Malaysia dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri NIOSH di Menara NIOSH, semalam. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memberikan 100,000 kad Komuter Link percuma di semua kaunter tiket

KTM Komuter di Lembah Klang mulai Isnin ini hingga 31 Julai.

Pengurus Besar Perkhidmat­an KTM Komuter Khair Johari Ishak berkata, melalui Promosi Wow! 100,000 Kad Komuter Link (Dewasa) Percuma itu, pengguna bagaimanap­un perlu membuat tambah nilai bermula dari RM5 bagi mengaktifk­an kad sebelum menggunaka­nnya untuk menaiki perkhidmat­an KTM Komuter.

Beliau berkata, pemberian kad itu sebagai inisiatif dan tanggungja­wab sosial korporat KTMB bagi menggalakk­an penumpang KTM Komuter beralih daripada membayar tiket secara tunai kepada tanpa tunai. - BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia