Harian Metro

Kopi segera terbakar

- Abdul Rahemang Taiming hmkk@hmetro.com.my

 Gara-gara hebahan palsu penamatan permohonan MyKas, MyPR tular di media sosial

Gara-gara penyebaran hebahan palsu yang tular di laman sosial mengenai penamatan permohonan kad pengenalan Pemastauti­n Sementara (MyKas) dan Pemastauti­n Tetap (MyPR), ratusan orang menyerbu Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Tawau, pagi semalam.

Pejabat JPN di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) diserbu sejak awal pagi sehingga ada menunggu jam 6.30 pagi.

Berikutan itu, Timbalan Pengarah JPN Sabah, Adrian Allan Richard, menafikan pihaknya membuka permohonan berkenaan yang kononnya berakhir semalam seperti tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

“JPN ingin menegaskan permohonan kad MyKas mula dibuka 5 Mei lalu dan tiada tempoh tertentu (tarikh tutup) untuk orang ramai memohon.

“Oleh itu, kita meminta orang ramai tidak mempercaya­i hebahan berkenaan kerana ia tidak benar dan palsu.

“Kita tidak menolak kemungkina­n ia dilakukan pihak tidak bertanggun­gjawab bertujuan mengambil kesempatan dengan mengaku sebagai ejen bagi memperdaya orang ramai,” katanya di pejabat JPN di UTC Tawau, di sini, semalam.

Adrian berkata, permohonan MyKas dan MyPR adalah perkhidmat­an berterusan tanpa tarikh tutup dan orang ramai boleh berbuat demikian di mana-mana cawangan JPN jika memenuhi syarat ditetapkan.

“Setiap permohonan MyKas dan MyPR melalui proses ketat termasuk disemak panel Jawatankua­sa Kad Pengenalan Pemastauti­n Sementara di peringkat ibu pejabat JPN negeri dan Putrajaya.

“Sehingga kini tiada sebarang perubahan syarat atau prosedur berkaitan urusan permohonan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Normala Ramli, 45, dari Semporna berkata, dia bersama anaknya tiba di pejabat JPN, di sini, pada jam 7 pagi semalam selepas dimaklumka­n ahli keluarga mengenai perkara berkenaan.

“Saya keluar selepas Subuh dari Semporna dan tiba pada jam 7 pagi tadi, tetapi kecewa gagal mendapatka­n nombor giliran.

“Tidak sangka hebahan maklumat itu tidak benar,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai bersesak mendapatka­n nombor giliran di pejabat JPN di UTC Tawau susulan penamatan permohonan MyKas, MyPR tular di media sosial.
ORANG ramai bersesak mendapatka­n nombor giliran di pejabat JPN di UTC Tawau susulan penamatan permohonan MyKas, MyPR tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia