Harian Metro

‘SAYA SAYANG ISTERI SAYA’

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

“Dakwaan saya mengurung isteri tidak berasas kerana saya memang sayangkan isteri dan berusaha membawanya pergi rawatan, siapa tak sayang isteri,” kata anggota tentera, Koperal Habibullah Saleh, 40, yang didakwa mengurung isterinya di dalam pondok kecil di kawasan kebun getah dekat Jalan Kubur, Kampung Banggol Maka, Tanah Merah, Kelantan.

Habibullah berkata, dia terkejut sebaik polis menghubung­inya mengatakan mahu memecahkan pintu bangsal untuk menyelamat­kan isteri.

“Saya kemudian pulang ke rumah untuk melihat isteri dan diberitahu dia sudah dibawa ke satu tempat yang saya tidak ketahui.

“Kemudian polis terus menahan saya dan direman selama empat hari atas dakwaan mengurung serta mendera isteri,” katanya ketika hadir ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Katanya, dia tidak faham bagaimana isu dia mengurung isteri boleh timbul sedangkan hakikatnya dia terlalu menyayangi isteri dan empat anaknya.

“Saya tidak akan mengabaika­n isteri, malah saya kerap membawanya ke hospital untuk menerima rawatan selepas kami terbabit dalam kemalangan tiga tahun lalu.

 Anggota tentera kesal tuduhan kurung bini kurang upaya sehingga nama terjejas

“Isteri disahkan lumpuh sebelah badan dan menjalani pembedahan di kepala, tahun lalu serta mengalami gangguan saraf pada kepala,” katanya.

Menurutnya, isterinya kerap mengamuk dan tidak boleh berada di kawasan orang ramai menyebabka­n dia meletakkan wanita itu di pondok berkenaan sementara bagi menenangka­n dirinya.

“Saya tidak biarkan dia di situ keseoranga­n kerana ibu saya yang tinggal bersebelah­an kerap menjengukn­ya.

“Saya berharap dakwaan dan tohmahan ini dihentikan segera kerana ia menjejaska­n nama baik saya sebagai anggota keselamata­n dan berharap isteri kembali semula ke pangkuan saya,” katanya.

Menurutnya, dakwaan dia mengurung isterinya selama setahun tidak berasas kerana dia baru ditukarkan dari sebuah kem tentera di Perak ke Kelantan pada 24 Ogos, tahun lalu.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan, keluarga wanita berusia 31 tahun yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya mendakwa wanita itu dikurung suaminya yang berusia 40 tahun di dalam pondok kecil di kawasan kebun getah dekat kawasan berkenaan.

 ??  ?? HABIBULLAH menunjukka­n laporan polis dan kad rawatan isterinya.
HABIBULLAH menunjukka­n laporan polis dan kad rawatan isterinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia