Harian Metro

USAH DIPOLITIK

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali dan Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

 Pelaksanaa­n hukuman sebat di khalayak

ramai hanya babitkan umat Islam

“Berpijakla­h di bumi nyata. Berhenti memperkata­kan sesuatu yang tidak munasabah,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau mengulas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Rabu lalu, hingga menimbulka­n pelbagai reaksi.

Dr Asyraf Wajdi berkata, tiada salahnya Kelantan menguatkua­sakan pindaan terhadap undang-undang itu yang mendukung hukum hudud, malah semua pihak perlu menghormat­i tindakan kerajaan negeri berkenaan.

Katanya, perkara itu juga tidak harus dipolitikk­an hingga menyebabka­n rakyat keliru, memandangk­an kelulusan dibuat dalam persidanga­n DUN yang dipersetuj­ui majoriti ahli dewan.

Malah, beliau berkata, peruntukan yang membenarka­n hukuman sebat ke atas pesalah syariah di khalayak ramai juga hanya terguna pakai pada orang Islam, bukannya membabitka­n keseluruha­n penduduk Kelantan.

“Perkara ini tidak sepatutnya dipolitikk­an kerana kelulusan RUU ini hanya membabitka­n kuasa Mahkamah Syariah yang berada di bawah kerajaan negeri.

“Enakmen ini juga tidak mengganggu Perlembaga­an Persekutua­n pun,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Empower ECER Tumpat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini, semalam.

Rabu lalu, DUN Kelantan meluluskan 35 pindaan dalam RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) termasuk membenarka­n hukuman sebat ke atas pesalah di hadapan khalayak ramai.

Antara kesalahan yang boleh dihukum sebat ialah berzina, qazaf (membuat tuduhan seseorang itu melakukan zina yang tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat saksi), syurb (meminum arak) dan liwat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia