Harian Metro

Sorok syabu RM70,000 bawah lantai

-

Jual dadah dijadikan ‘perniagaan’ keluarga. Itu dilakukan pasangan suami isteri bersama sepupu mereka yang dikesan mengedar dadah secara kecil-kecilan di sekitar

Seri Kembangan, di sini.

Bagaimanap­un kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Superinten­dan Mohd Rosdi Daud berkata, serbuan pertama dijalankan kira-kira jam 8 malam sebelum seorang lelaki berusia 20-an ditahan di kediamanny­a di Seri Kembangan, di sini.

“Tangkapan itu membawa kepada penahanan pasangan suami isteri masing-masing berusia 31 tahun di kediaman mereka di Seri Kembangan, di sini, beberapa minit kemudian.

“Pemeriksaa­n lanjut di rumah pasangan itu menemui satu bungkusan syabu seberat satu kilogram dianggarka­n bernilai RM70,000 yang disembunyi­kan di bawah lantai bilik tidur utama kediaman itu,” katanya. Mohd Rosdi berkata, modus operandi pasangan terbabit adalah berniaga melalui panggilan telefon sebelum mengarahka­n sepupu mereka menghantar dadah dipesan kepada pelanggan sebaik menerima bayaran ke dalam akaun bank.

“Pasangan itu mengakui aktif menjalanka­n kegiatan mengedar dadah secara kecil-kecilan sejak dua bulan lalu dengan mendapatka­n bekalan dari Kuala Lumpur.

“Ketika ditahan, dua anak pasangan itu berusia empat bulan dan tiga tahun berada di dalam kediaman berkenaan sebelum mereka diserahkan kepada ahli keluarga lain,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek dibawa ke IPD Serdang dan direman selama seminggu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12 (2) akta yang sama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia